Pesan Terakhir Muhammad Zaini Sebelum Dihukum Pancung Kerajaan Arab Saudi.


ARAB SAUDI: Seorang lelaki warga Indonesia yang dipercayai merupakan tenaga kerja yang berkhidmat di Arab Saudi telah dihukum pancung selepas dia didapati bersalah membunuh majikannya sendiri.

Berita mengenai hukuman ke atas lelaki yang berasal dari Madura itu bagaimanapun telah disampaikan oleh sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Migrant Care dengan kerjasama Kementerian Luar Indonesia.

Namun malangnya, pihak kementerian Indonesia menyatakan bahawa pihaknya tidak dimaklumkan oleh kerajaan Arab Saudi mengenai hukuman itu sebelum ianya dilaksanakan.

Terdahulu, suspek iaitu Muhammad Zaini Misrin Arsyad, 53, didakwa telah membunuh majikannya di kota Mekah dalam satu kejadian yang berlaku pada 2004.

Namun, menurut beberapa sumber yang dipercayai, Zaini dikatakan telah digertak dan dipaksa oleh pihak berkuasa negara berkenaaan bagi melakukan perbuatan terbabit.

Apa yang lebih malang lagi pula adalah pihak mahkamah di sana juga didakwa telah gagal menyediakan jurubahasa yang mahir bagi mengendalikan kes tersebut.

Beberapa hari sebelum hukumannya tiba, Zaini dipercayai sempat berkomunikasi dengan keluarganya di Indonesia melalui panggilan telepon.

Namun apa yang menyedihkan adalah Zaini dikatakan telah meninggalkan satu pesanan buat anak pertamanya di mana dia berpesan supaya anaknya itu menjaga adiknya yang lain di rumah ketika ibunya keluar bekerja.

Dalam pada itu, anaknya Saiful mengakui bahawa dia sudah bertemu ayahnya itu sebanyak tiga kali iaitu sekitar tahun 2013, 2015 dan Januari 2018 yang lalu.

Ketika pertemuan terakhir, Saiful mengakui bahawa ayahnya itu kelihatan sangat sihat malahan tidak langsung memberitahu tarikh sebenar hukuman tersebut dijalankan kepada anaknya itu.

Menceritakan mengenai ayahnya itu, oleh kerana tahap ekonomi yang merudum, Zaini mencuba nasib untuk mencari pekerjaan di Saudi pada tahun 1992.

Namun, setelah sekian lama di sana, dia terbabit dalam kes pembunuhan pada tahun 2004 apabila dia dituduh membunuh majikannya.

Difahamkan, Presiden Indonesia iaitu Joko Widodo telah berusaha dan turut menulis surat sebanyak dua kali kepada Raja Salman agar kes berkenaan dibicarakan semula.

Surat yang dihantar tersebut ternyata diendahkan malah pihak kementerian juga turut mengirimkan bukti baru kepada Mahkamah Tinggi Riyadh pada 6 Mac lalu mengenai kes terbabit.

Bagaimanapun, ketika ini dipercayai terdapat dua orang lagi warga Indonesia, Tuty Tursilawati dan Eti Toyib bakal menunggu hukuman terbabit.

Ini kerana, kedua-duanya telah disabitkan bersalah membunuh majikan masing-masing pada 2010 dan kes ini adalah kes yang sama terjadi kepada Zaini. Sumber: E Berita, Editor: Maya