Berita Informasi Terkini

Only for Admin

Ads

Dikuasakan oleh Blogger.

Cari Blog Ini

Arkib Blog

Full-Width Version (true/false)

I Am The Author

Featured

Ads

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Subscribe Newsletter

Follow by Email

Footer Pages

/fa-fire/ YEAR POPULAR$type=one

Selasa, 20 Mac 2018

Penemuan Mayat Suami Isteri Terbaring Di Bilik Air


KLANG: Mayat sepasang suami isteri berjaya ditemui di dalam sebuah rumah sewa selepas beberapa penduduk di kawasan terbabit mengadu bahawa mereka ada menghidu bau busuk daripada kediaman terbabit.

Menurut Ketua Polis Klang Utara, Asisten Komisioner Mazelan Paijan, kedua-dua mangsa itu ditemui kira-kira pada jam 4.30 petang semalam.

"Bertindak atas aduan orang awam, penyelia kawalan keselamatan terpaksa memecahkan pintu berikutan rumah itu dikunci dari dalam."

"Apabila masuk, rumah itu dalam keadaan gelap kerana tiada bekalan elektrik dan polis yang turut berada di lokasi menemui mayat seorang lelaki terbaring di luar bilik air."

"Selepas bekalan elektrik disambung semula, mayat seorang lagi wanita ditemui dalam bilik air rumah berkenaan," katanya lagi.

Dalam pada itu, siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa telah menyewa unit kondominium itu sejak dua tahun yang lalu.

"Lelaki berusia lingkungan 50-an dipercayai meninggal dunia sejak empat hari lalu berikutan tubuhnya yang sudah kehitaman. Tiada kesan kecederaan, namun darah ditemui di lantai pada belakang tubuh mangsa."

"Wanita itu pula dipercayai meninggal dunia dalam tempoh terdekat. Kita bagaimanapun masih mengenal pasti identiti sebenar kedua-dua mangsa, termasuk kemungkinan hubungan mereka sebagai suami isteri," ujarnya.

Bagaimanapun, setakat ini pihak polis sedang menyiasat punca sebenar kejadian dan setakat ini mendapati tiada unsur jenayah yang terlibat di dalam kes ini.

Mayat kedua-dua mangsa telah dihantar ke hospital untuk dibedah siasatan dan buat masa ini, kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Sumber: Berita Harian, Editor: Maya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan