'Nak Kata Saya Simbol Seks, Lantaklah' - Elly Mazlein


Pelakon dan penyanyi Elly Mazlein sering kali tampil dengan gaya seksi dan manja sehingga terdapat segelintir netizen yang melabelkan dirinya sebagai simbol seks.

Namun, menurut Elly yang merupakan ibu tunggal itu dia menyatakan bahawa dia tidak kisah mengenai tanggapan yang diberikan oleh masyarakat terhadapnya.

"Nak kata simbol seks ke, kecam ke… lantaklah. Saya tidak boleh tutup mulut orang tentang apa yang mereka ingin katakan tentang saya."

"Saya pun bukanlah seorang yang cepat sensitif dengan perkara-perkara negatif dan apa yang betul kita ambil untuk kebaikan, selebihnya biarlah ia dibawa angin lalu," jelasnya lagi.

Elly juga menyatakan bahawa berkat pengalaman yang diterimanya telah banyak mengajar dirinya supaya sentiasa tabah walaupun menerima kritikan negatif.

Ini kerana dia beranggapan bahawa mungkin terdapat sesetengah pihak yang mencemburui kejayaan yang dikecapinya itu.

Dalam pada itu, Elly juga dilihat tidak memuatnaik gambar anaknya bagi mengelakkan si kecil itu menjadi mangsa kecaman warga laman sosial yang sentiasa mencari kesalahan orang. Sumber: Rotikaya, Editor: Maya