Berita Informasi Terkini

Only for Admin

Ads

Dikuasakan oleh Blogger.

Cari Blog Ini

Arkib Blog

Full-Width Version (true/false)

I Am The Author

Featured

Ads

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Subscribe Newsletter

Follow by Email

Footer Pages

/fa-fire/ YEAR POPULAR$type=one

Selasa, 20 Mac 2018

Maut Terjatuh Kereta Api Selepas Kaki Tersangkut Kayu


BEAUFORT: Seorang remaja perempuan telah maut selepas terjatuh daripada kereta api yang dinaikinya ketika dalam perjalanan untuk ke Tenom.

Remaja terbabit dipercayai terjatuh ketika kereta api tersebut sedang bergerak dan dikatakan jatuh ketika berada di kawasan Batu 62.

Kejadian itu dikatakan berlaku sekitar jam 2 petang di mana mangsa yang dipercayai berusia 15 tahun itu menaiki kereta api dari Beaufort untuk menuju ke Tenom.

Sebelum kejadian terbabit terjadi, mangsa dipercayai sedang duduk di tepi tangga iaitu di antara dua gerabak sambil kedua-dua kakinya terkeluar memandangkan gerabak penumpang pada ketika itu telah penuh.

Namun, tanpa dia sedari tidak semena-mena kakinya itu tersangkut pada sebatang kayu berhampiran landasan sehingga menyebabkannya terjatuh dan kepalanya terhempas ke permukaan batu landasan.

Bagaimanapun, mangsa yang mengalami kecederaan parah itu dilaporkan meninggal dunia serta-merta di lokasi kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Azmir Abd Razak, pihaknya telah menerima makluman mengenai kejadian dan telah mengesahkan kejadian tersebut.

"Mangsa sudah dibawa ke hospital berdekatan untuk tindakan lanjut."

Setakat ini, laporan penuh mengenai kejadian ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Sumber: Astro Awani, Editor: Maya


Tiada ulasan:

Catat Ulasan