Berita Informasi Terkini

Only for Admin

Ads

Dikuasakan oleh Blogger.

Cari Blog Ini

Arkib Blog

Full-Width Version (true/false)

I Am The Author

Featured

Ads

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Subscribe Newsletter

Follow by Email

Footer Pages

/fa-fire/ YEAR POPULAR$type=one

Rabu, 21 Mac 2018

Lelaki Penjawat Awam Ditahan Kerana Berkahwin Gadis Bawah Umur


Pihak polis berjaya memberkas seorang penjawat awam yang berkahwin dengan seorang pelajar bawah umur di selatan Thailand pada awal tahun ini.

Suspek yang berusia 52 tahun ditahan pada tengahari kelmarin susulan dari laporan polis yang dibuat oleh ahli keluarga mangsa yang berusia 16 tahun.

Berdasarkan siasatan suspek telah menjalin hubungan sulit dengan mangsa bermula pada Ogos 2016 dan pernah membawa mangsa kedalam sebuah bilik hotel terkemuka pada 5 Ogos 2016 dan mengadakan hubungan intim atas dasar suka sama suka.

Ketika itu mangsa berusia 15 tahun dan bersekolah di sebuah sekolah menengah konowit.

Pada 14 Mac lalu, nenek mangsa yang berusia 63 tahun membuat satu laporan polis bahawa cucunya telah hilang selepas mangsa melarikan diri dari rumah.

Namun lebih mengejutkan pengadu, cucunya itu pulang semula ke rumah selepas dihantar suspek pada selasa lalu dan mendakwa mereka telah berkahwin di selatan Thailand.

Suspek turut memberitahu mereka bernikah mengikut ajaran islam Narathiwat,Thailand pada 4 Januari tahun ini tanpa kebenaran dan pengetahuan ahli keluarga.

Hasil siasatan lanjut yang dijalankan mendapati suspek sudah mempunyai isteri dan tiga anak dan suspek berkhidmat di sebuah jabatan kerajaan Mukah.

Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti bagaimana mereka boleh berkahwin.

Kes ini disiasat mengikut seksyen 376 kanun keseksaan merogol dan kertas siasatan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya di akhir siasatan kelak. Sumber:Eberita , Editor:Anna

Tiada ulasan:

Catat Ulasan