Berita Informasi Terkini

Only for Admin

Ads

Dikuasakan oleh Blogger.

Cari Blog Ini

Arkib Blog

Full-Width Version (true/false)

I Am The Author

Featured

Ads

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Subscribe Newsletter

Follow by Email

Footer Pages

/fa-fire/ YEAR POPULAR$type=one

Selasa, 20 Mac 2018

Kerana Tidak Mempunyai Wang, Suami Isteri Bawa Jenazah Anak Dengan Menaiki Motosikal


INDONESIA: Oleh kerana tidak mempunyai wang yang cukup serta kehidupan yang miskin, sebuah keluarga terpaksa menahan air mata sambil membawa mayat bayi mereka dengan menggunakan motosikal untuk pulang ke rumah.

Jenazah bayi di Kampung Waro, Kecamatan Monta, Kabupaten Bima, Nusa Tenggara Barat ini terpaksa dengan menggunakan motosikal kerana keluarganya itu tidak mampu untuk membayar perkhidmatan ambulans yang disediakan.

Bayi perempuan yang dipercayai berusia lima hari itu telah meninggal dunia selepas menerima rawtan di unit rawatan intensif neonatal (NICU) di Hospital Umum Daerah Bima.

Menurut Ketua Kampung Waro, M Ali berkata, pihak hospital sengaja mencipta alasan bahawa mereka tidak akan menyediakan perkhidmatan ambulans dengan percuma dan sesiapa yang mahukan perkhidmatan tersebut perlulah membuat pembayaran terlebih dahulu.

"Jarak rumah keluarga tersebut dengan hospital adalah kira-kira 100 kilometer. Pasangan suami isteri tiada pilihan lain kerana tidak mampu untuk membuat bayaran ambulans seperti diminta," katanya.

Tambahnya lagi, mayat bayi itu juga pada mulanya telah ditahan oleh pihak hospital kerana tidak menjelaskan bayaran hospital.

Susulan daripada kejadian itu, ketua bagi hospital, H Ihsan berkunjung ke rumah keluarga bayi terbabit bagi memohon maaf kepada ibu bapa bayi itu iaitu Jufrin dan isterinya, Suhadah yang mana mereka juga dilaporkan turut menderita penyakit lumpuh selama 15 tahun.

Dalam pada masa yang sama, pihak hospital juga turut memberi pampasan kepada keluarga terbabit selain turut melahirkan rasa kesal terhadap kejadian yang berlaku itu. Sumber: Kompas.com, Editor: Maya


Tiada ulasan:

Catat Ulasan