Berita Informasi Terkini

Only for Admin

Ads

Dikuasakan oleh Blogger.

Cari Blog Ini

Arkib Blog

Full-Width Version (true/false)

I Am The Author

Featured

Ads

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Subscribe Newsletter

Follow by Email

Footer Pages

/fa-fire/ YEAR POPULAR$type=one

Rabu, 21 Mac 2018

Kerana Duit, Anak Ugut Tembak Bapa


Seorang lelaki bertindak mengugut bapa sendiri kerana tidak mendapat wang yang dimintanya dalam satu kejadian di Long Tabing, Miri.

Suspek yang berusia 27 tahun itu bertindak mengancam untuk menembak bapanya yang berusia 48 tahun dengan menggunakan senapang angin buatan sendiri.

Menurut Ketua Polis Daerah Marudi, suspek telah berjaya ditangkap di rumahnya pada jam 5.15 petang semalam, selepas pihak polis dimaklumkan mengenai kejadian itu.

Dalam pada itu, polis juga turut merampas selaras senapang angin buatan sendiri yang dipercayai digunakan untuk mengancam bapanya.

"Suspek kemudiannya dibawa ke Balai Polis Beluru untuk tindakan lanjut," ujarnya lagi.

Siasatan awal mendapati suspek yang juga merupakan seorang penganggur itu bertindak sedemikian kerana berang apabila bapanya enggan memberikan wang kepadanya.

"Mangsa yang ketakutan kemudiannya melarikan diri sebelum membuat laporan polis," katanya. Sumber: Berita Harian, Editor: Maya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan