Kematian Sudan, Badak Sumbu Putih Terakhir Di Dunia


NAIROBI: Seekor badak sumbu putih utara jantan yang menjadi spesies terakhir di dunia akhirnya mati selepas dijangkiti penyakit selama beberapa bulan.

Meskipun sudah banyak usaha yang dilakukan bagi menyelamatkannya sudah dilakukan, kematia badak itu sepatutnya membuka mata semua penduduk dunia.

Badak sumbu yang diberi nama sebagai Sudan, yang berusia 45 tahun itu terpaksa diberikan suntikan maut di Pusat Konservasi Ol Pejeta di Kenya selepas dia menderita penyakit serta tidak menunjukkan sebarang perubahan.

Setelah kematian badak terakhir ini, spesiesnya kini hanya diteruskan dengan dua ekor badak betina, iaitu anak serta cucunya.

"Kematiannya adalah lambang kezaliman manusia yang tidak menghormati alam hidupan liar, dan ini memilukan sesiapa sahaja yang mengenali Sudan," ujar Jan Stejskal.

"Kita perlu manfaatkan situasi unik ini iaitu teknologi selular digunakan dalam konservasi spesies yang sangat terancam.

"Ia mungkin kedengaran mustahil. Namun terima kasih kepada teknologi baharu, Sudan masih memiliki anak," ujarnya.

Bagaimanapun pihaknya kini akan memerikan sepenuh tumpuan kepada teknik persenyawaan in-vitro (IVF) dengan menggunakan benih Sudan yang telah disimpan. Sumber: Astro Awani, Editor: Maya