Berita Informasi Terkini

Only for Admin

Ads

Dikuasakan oleh Blogger.

Cari Blog Ini

Arkib Blog

Full-Width Version (true/false)

I Am The Author

Featured

Ads

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Subscribe Newsletter

Follow by Email

Footer Pages

/fa-fire/ YEAR POPULAR$type=one

Ahad, 18 Mac 2018

Kanak-Kanak 14 Tahun Dirogol 9 Lelaki Kerana Jenayah Pedophilia.


Seorang kanak-kanak yang berusia 14 tahun telah dirogol secara bergilir-gilir oleh sembilan lelaki dalam satu kejadian yang berlaku di sekitar Telford.

Mangsa yang tidak didedahkan identitinya itu telah dirogol oleh seorang pedophilia yang dikenali sebagai Shahzad 'Keith' Khan.

Khan adalah salah seorang penjenayah yang sangat terkenal kerana dia telah banyak menundukkan ramai kanak-kanak sehingga meninggalkan sejarah hitam dalam hidup mereka.

Berdasarkan laporan daripada pihak polis, Khan telah mengambil kewanitaan kanakyang berusia 14 tahun dan bertindak menjualnya dengan harga £2,000 untuk satu malam kepada mana-mana lelaki yang dahagakan hubungan seks.

Mangsa yang menceritakan mengenai kejadian tersebut menyatakan bahawa dia juga turut diseksa secara seksual sehingga mengalami kesakitan. 

Itu adalah perkara-perkara yang berlaku ke atas dirinya apabila dia telah jatuh ke tangan lelaki bernama Khan terbabit.


Ini adalah Shahzad 'Keith' Khan yang dipercayai merupakan orang terlama menjalankan penderaan seksual ke atas kanak-kanak di Telford.

Menurut mangsa dia pada mulanya langsung tidak memahami perbuatan yang dilakukan oleh mereka walaupun dia telah didera dan disakiti.

"Saya terjumpa Keith di tepi jalan dan dia memberitahu saya bahawa saya mempunyai reputasi yang tinggi yang mungkin akan menyebabkan saya mendapatkan bayaran yang tinggi."

"Dia juga turut memberitahu bahawa beberapa orang pelajar daripada sekolah saya turut melakukan pekerjaan terbabit sehingga mereka memperoleh pendapatan yang tinggi."

Mangsa juga turut menerangkan bahawa dia juga turut dipaksa melakukan hubungan seks dengan ramai lelaki in gerai makan, rumah dan kawasan lain yang mahukan perkhidmatan tersebut.


Ini adalah anak saudara kepada Khan yang didapati bersalah kerana telah melakukan dua kesalahan rogol.

Tambah mangsa lagi, " Pada satu malam saya di bawa ke satu kawasan jalanan dan dipaksa untuk mengadakan hubungan seks dengan sembilan lelaki dalam satu masa."

"Selepas satu lelaki merogol saya, lelaki yang lain turut beratur untuk menunggu giliran masing-masing."

"Pada keesokannya, saya pergi ke sekolah seperti biasa dan menganggap tiada apa-apa yang berlaku malam tadi."

Dalam pada masa yang sama, dia juga turut menyatakan bahawa Khan akan berusaha untuk mencari pelanggan kaya untuk menawarkan perkhidmatan tersebut semata-mata untuk mendapatkan duit.


Pihak polis dikatakan gagal mengesan jenayah yang dilakukan oleh Khan walaupun Khan telah menjalankan perniagaan seks itu sejak bertahun-tahun.

Bagaimanapun, setelah bertahun-tahun menjalankan perniagaan terbabit, Khan akhirnya telah meninggal dunia pada tahun 2015 ketika dia berumur 61 tahun.

Dia langsung tidak pernah dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa sepanjang hayatnya di mana menyebabkan perniagaannya itu telah berkembang dan tular dalam kalangan masyarakat sekarang. Sumber: Mirror.co.uk, Editor: S

Tiada ulasan:

Catat Ulasan