Intan Liana Lariskan Jualan Tudung Milik Aliff Syukri


Nama Intan Liana semakin mendapat tempat dalam kalangan netizen selepas kes penceraiannya dengan pemuzik bebas, Ude baru-baru ini.

Nampaknya rezeki Intan dan anak-anaknya semakin mencurah di mana terbaharu dia telah ditawarkan untuk menjadi model keluaran tudung milik pengasas kosmetik terkenal Datuk Seri Aliff Syukri.

Menurut Aliff, dia mengakui bahawa jualan tudungnya itu semakin laris dan mendapat sambutan yang hangat selepas menjadikan Intan sebagai wajah terbaru tudung keluarannya.

"Kami lantik Intan sebagai model dan setakat ini semuanya berjalan dengan baik. Bagi saya, Intan ada aura tersendiri sekaligus memberi impak baik terhadap jualan tudung kami."

"Untuk jualan koleksi terbaru kami ia meningkat naik sebanyak 50 peratus. Komitmen yang diberikan Intan pun bagus. Bagi saya dia wanita yang baik," katanya lagi.

Tambahnya lagi, sudah menjadi niatnya bagi mengambil Intan sebagai model di mana dia mahu membantu Intan bagi menyara kehidupan bersama dua orang anaknya. 

“Saya mengambilnya sebagai model untuk membantunya juga. Dia mempunyai potensi untuk mengembangkan lagi bakat. Apa pun, masih banyak yang perlu dia belajar untuk menjadi lebih menyerlah, ujarnya lagi. Sumber: Rotikaya, Editor: Maya