Guru Miang Cabul 35 Pelajar Dalam Tempoh 11 Tahun.


SEMARANG: Seorang guru ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia selepas dia didakwa mencabul pelajar di sekolahnya di Jawa Tengah.

Guru terbabit yang dikenali sebagai Nasro, 58, ini dikatakan telah melakukan perbuatan mencabul kepada lebih 30 murid sekolah rendah.

Namun menurut polis, seramai 35 orang mangsa dipercayai telah dicabul oleh guru yang tidak bertanggungjawab itu sepanjang tempoh 11 tahun.

Pada akhirnya, perbuatan yang dilakukan dirinya itu terbongkar selepas beberapa ibu bapa melakukan aduan mengenai perkara terbabit.

"Kami masih menyiasat jika terdapat mangsa lain. Siasatan awal mendapati suspek memanggil mangsa ke rumahnya di Kecamatan Kesugihan, Kabupaten Cilacap kononnya untuk membetulkan kesalahan dalam kerja sekolah mereka."

"Dia kemudiannya meminta muridnya memegang alat sulitnya. Nasro turut memberikan 2 ribu rupiah (60 sen) untuk menutup mulut mangsa," kata salah seorang pegawai polis.

Suspek bagaimanapun mengakui bahawa dia melakukan perbuatan itu kerana tidak dapat menahan nafsunya sejak isterinya jatuh sakit.

Suspek dipercayai akan didakwa di bawah Undang-undang Perlindungan Kanak-kanak dan bakal dihukum penjara 15 tahun jika disabit bersalah. Sumber: Detiknews, Editor: Maya