Berita Informasi Terkini

Only for Admin

Ads

Dikuasakan oleh Blogger.

Cari Blog Ini

Arkib Blog

Full-Width Version (true/false)

I Am The Author

Featured

Ads

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Subscribe Newsletter

Follow by Email

Footer Pages

/fa-fire/ YEAR POPULAR$type=one

Selasa, 20 Mac 2018

Gara-Gara Leteran Ibu, Wanita Sanggup Cekik Bayi Sendiri


FROLOVO: Seorang wanita tidak berhati perut dan juga tergamak mencekik bayinya yang masih kecil kerana tidak tahan mendengar leteran yang diucapkan oleh ibunya.

Suspek yang dikenali sebagai Anna Karimova, 26, bertindak sedemikian sehingga bayi lelaki yang masih berusia sembilan itu sesak nafas lalu meninggal dunia.

Perbuatan tersebut telah dilakukan olehnya apabila ibunya selalu sahaja tidak sependapat dengannya dan suspek juga didakwa sering bertukar pasangan ketika berhubungan.

Apabila menyedari bayinya itu tidak bernyawa, suspek dipercayai membungkus mayat bayinya itu menggunakan kain dan membuangnya ke dalam tempat pembuangan sampah.

Namun apabila disoal siasat, Karimova dikatakan sengaja mereka cerita yang kononnya anaknya itu telah mati secara mengejut dan turut menyatakan bahawa dia berniat mahu menyerahkan barangan bayinya itu kepada rakannya.

Karimova dilaporkan pernah berkahwin pada 2015, namun perkahwinannya itu tidak kekal lama dan mereka berpisah tidak lama kemudian.

Difahamkan, anak sulung wanita itu hasil daripada perkahwinanya dipelihara oleh ibunya.

Sehingga kini, pihak polis masih lagi melakukan siasatan bagi mencari mayat bayi malang itu manakala Karimova pula kini telah ditahan dan akan didakwa di mahkamah. Sumber: Dailymail, Editor: Maya




Tiada ulasan:

Catat Ulasan