Gambar Gadis Pembuli 'Pok Ya Cong Codei' Tersebar.


Telah tular di laman sosial Facebook mengenai satu rakaman buli yang dilakukan oleh sekumpulan remaja terhadap lelaki kurang upaya (OKU) baru-baru ini.

Lelaki yang dikenali sebagai ‘Pok Ya Cong Codei’ itu dipercayai dibuli oleh sekumpulan remaja yang bertindak biadab kerana bertindak membuka seluar lelaki terbabit.

Tidak cukup dengan itu, remaja terbabit juga turut mengambil pasir dan menaburkannnya kepada kemaluan lelaki terbabit serta turut mengikat tangannya supaya mereka boleh menyeksanya secara berterusan.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di sekitar kawasan Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu sekitar jam 4 pagi semalam.

Dalam pada itu, satu rakaman mengenai kejadian buli tersebut juga turut diambil menggunakan telefon bimbit milik suspek dan ianya telah menjadi tular semalam.

Bagaimanapun, menerusi berita terbaharu, gambar pembuli berkenaan telah mulai tersebar secara meluas bagi mencari pembuli yang bertindak biadab itu.

Ketika kejadian itu berlaku, remaja terbabit dikatakan telah mempersendakan 'Pok Ya Cong Codei' sambil cuba untuk membakar punggungnya dengan menggunakan mancis.

Susulan daripada kejadian itu, mangsa, iaitu 'Pok Ya Cong Codei', 47, telah hadir membuat laporan di Balai Polis Daerah Kuala Terengganu supaya tindakan segera dapat diambil.

Difahamkan, sebelum ini, 'Pok Ya Cong Codei' sering sahaja menjadi tempat bagi menghiburkan pengunjung yang datang ke Pantai Batu Buruk di mana dia adalah seorang pemuzik jalanan dan pada kebiasaannya orang ramai mengenalinya.

Menurut mangsa, dia mendakwa bahawa dia telah didatangi oleh sekumpulan remaja termasuk lelaki dan perempuan untuk melakukan khianat terhadap dirinya itu.

Setakat ini, pihak polis telah berjaya menahan dua remaja perempuan yang berusia 17 tahun untuk membantu siasatan mengenai kejadian terbabit.

Siasatan lanjut mengenai kes ini juga sedang dijalankan bagi mengetahui motif kumpulan remaja terbabit berbuat demikian kepada mangsa. Sumber: Harian Metro, Editor: S