Berita Informasi Terkini

Only for Admin

Ads

Dikuasakan oleh Blogger.

Cari Blog Ini

Arkib Blog

Full-Width Version (true/false)

I Am The Author

Featured

Ads

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Subscribe Newsletter

Follow by Email

Footer Pages

/fa-fire/ YEAR POPULAR$type=one

Ahad, 18 Mac 2018

Empat Beradik Kasari Ibu Kerana Dadah


KUALA LUMPUR: Empat beradik ditahan pihak berkuasa gara-gara mengasari ibu mereka sendiri kerana telah ketagih dengan dadah jenis syabu di Kundang, Rawang.

Empat beradik lelaki terbabit yang dianggarkan berumur 30-an itu dikatakan pernah bertindak memukul ibunya serta turut mengusir keluar daripada rumah mereka.

Bagaimanapun, perbuatan mereka itu terbongkar selepas penduduk di sekitar kawasan berkenaan membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk segera di ambil tindakan.

Sejurus maklumat diterima, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Putrajaya dengan kerjasama pihak polis berjaya menahan tiga suspek di kediaman mereka sekitar jam 10 malam namun suspek utama yang merupakan anak sulung dalam keluarga terbabit tidak berada di rumah.

“Ketiga-tiga beradik yang diberkas itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak untuk menjalani ujian air kencing,” katanya.

Pihak berkuasa AADK terpaksa menunggu dan sekitar jam 1 pagi, suspek utama terbabit pulang dengan menaiki motosikal.

“Namun, suspek cuba memecut melarikan diri melalui jalan kampung walaupun dikejar kumpulan pegawai AADK.”

“Berdasarkan siasatan, suspek pernah menghalau ibunya menyebabkan wanita berusia 60-an itu menghuni pondok kecil berhampiran kediamannya,” katanya.

Menurut pegawai AADK, keempat-empat beradik itu dipercayai selalu bertindak di luar jangkaan akibat ketagihan syabu sejak beberapa tahun lalu. Sumber: Harian Metro, Editor: S

Tiada ulasan:

Catat Ulasan