Disimbah Asid Kerana Menolak Cinta Seseorang


DHAKA: Seorang remaja lelaki menjadi mangsa simbahan asid selepas dia menolak cinta seorang remaja perempuan yang menyukainya.

Mangsa yang dikenali sebagai Mahmudul Hasan Maruf, 17, dari Dhaka itu dilaporkan telah mengalami kecederaan yang teruk di bahagian mukanya akibat simbahan asid tersebut.

Berdasarkan beberapa laporan, asid itu telah dilemparkan pada wajahnya selepas mangsa enggan menerima cinta remaja perempuan terbabit sehingga menyebabkan mukanya serta bahu kanannya melecur teruk selain kulitnya turut mengelupas.

"Mangsa sedang berjalan pulang ke rumah ketika dia dihampiri remaja perempuan itu secara tiba-tiba."

"Dia masih mengharap cintanya dibalas dan sering mengganggu mangsa selama beberapa bulan. Mereka turut bertengkar sebelum gadis terbabit bertindak melemparkan asid," jelas salah satu laporan yang dibuat itu.

Bagaimanapun, remaja perempuan terbabit serta ibunya berjaya ditahan pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

Dalam pada itu, keadaan remaja lelaki berkenaan masih lagi tidak diketahui sama ada remaja tersebut akan pulih sepulihnya kerana kecederaan itu mungkin akan meninggalkan parut kekal. Sumber: Daily Mail, Editor: Maya