Badak Sesat Berjaya Ditemui Selepas 10 Hari Diburu


Tyson adalah seekor badak air yang tersesat ketika sedang merayau di kawasan pendalaman telah berjaya ditangkap selepas 10 hari usaha memburu giat dijalankan dan ditempatkan semula di kawasan perlindungan hidupan liar, Mexico

Badak tersebut terkenal dalam kalangan penduduk tempatan dan telah mempunyai laman Facebook sendiri , selepas muncul secara tiba-tiba beberapa minggu sebelum ini di Las Choapas, di Veracruz.

Penduduk yang mendengar khabar kehadiran Tyson keluar beramai-ramai memberi makan dan mahu memeliharanya, namun pihak berkuasa alam sekitar Mexico, Profepa, bimbang akan berlaku sesuatu di luar jangkaan kerana badak air Nile dikenali haiwan yang bahaya dan dipercayai pernah menyerang serta membaham manuasia.

“Disebabkan ia adalah spesis eksotik berasal dari Afrika dan kehadirannya di perbandaran Las Choapas mendatangkan bahaya kepada penduduk dan ekosistem, Profepa melancarkan operasi khas untuk menempatkan ia semula di lokasi selamat,” kata pihak berkuasa dalam kenyataan.

Kehadiran Tyson di Mexico tidak dapat dikenalpasti dari mana datangnya dan penduduk membuat spekulasi ia mungkin terlepas daripada pusat peliharaan haiwan eksotik raja dadah.

Tyson mempunyai berat 600 kilogram dan dipercayai berusia tiga tahun. Sumber:Harian Metro , Editor:Anna

Disclaimer: Gambar, artikel ataupun video yang ada di web ini terkadang berasal dari berbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika ada masalah terkait hal ini, Anda dapat menghubungi kami disini.
Related Posts
Disqus Comments