Berita Informasi Terkini

Only for Admin

Ads

Dikuasakan oleh Blogger.

Cari Blog Ini

Arkib Blog

Full-Width Version (true/false)

I Am The Author

Featured

Ads

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Subscribe Newsletter

Follow by Email

Footer Pages

/fa-fire/ YEAR POPULAR$type=one

Ahad, 17 September 2017

Tun Mahathir Hadir Beri Keterangan Isu RCI Forex

Kredit Gambar Free Malaysia Today
PUTRAJAYA: Prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkenaan urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada 1988 hingga 1994 bermula tepat jam 9 pagi tadi dengan kenyataan yang diberikan oleh saksi ke-22, Datuk Othman Jusoh.

Beliau yang merupakan Timbalan Setiausaha Bahagian Kewangan, Kementerian Kewangan pada ketika itu berkata beliau tidak terlibat dalam memantau operasi BNM.

Sebaliknya, Othman memberitahu beliau hanya menyediakan penyata kewangan tahunan atau akta melibatkan BNM.

Namun, apa yang menjadi fokus hari ini adalah kehadiran bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad serta bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin yang dijadual memberi keterangan masing-masing.

Prosiding yang diadakan secara terbuka kepada orang ramai itu dipengerusikan oleh Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Mohd Sidek yang juga Pengerusi Petronas, dibantu Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Kamaludin Md Said, Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Seri Tajuddin Atan, pengerusi bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah) Tan Sri Saw Choo Boon dan anggota Institut Akauntan Malaysia K. Puspanathan. Sumber Berita: Astro AWANI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan