Wanita Tergamam, Dadah Disembunyikan Dalam Sandalnya

Indonesia - Seorang wanita tergamam apabila dia telah ditangkap kerana memiliki dadah yang telah disembunyikan di sandal yang dipakai olehnya.

Menurut wanita berkenaan sandal tersebut bukanlah miliknya kerana sandal miliknya yang sebenar telah tertukar dengan individu lain ketika dia singgah di surau bagi menunaikan solat.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku ketika dia menunaikan solat di ruangan solat di lapangan terbang sementara menunggu boarding, selepas menunaikan solat dia mendapati sandal miliknya telah hilang dan hanya terdapat satu sandal sahaja menyebabkan dia tanpa menaruh syak terus menyarungkan sandal terbabit.

Malang baginya kerana sudahlah dia memakai sandal siapa pun dia tidak tahu malah dia telah ditahan pula kerana cuba menyeludup dadah.

Menurut pegawai yang melakukan pemeriksaan telah mendapati terdapat beberapa bungkusan yang dipercayai dadah telah disembunyikan di dalam sandal berkenaan malah mereka juga terpaksa menahan wanita berkenaan walupun diberitahu bahawa sandal tersebut bukanlah miliknya.

Kejadian ini boleh dijadikan pengajaran buat semua kaum wanita supaya lebih berhati-hati supaya jangan sesekali memakai sandal orang lain walaupun ketika itu sandal anda telah di bawa oleh orang lain.

Ini merupakan teknik terbaru yang digunakan oleh penyeludup dadah iaitu dengan sengaja menukarkan hakmilik orang lain dengan niat jahat.

Tektik tersebut di guna pakai bagi melepaskan diri daripada pemeriksaan keselamatan, selepas individu yang memakai sandal berkenaan terlepas daripada pemeriksaan maka secara tiba-tiba anda akan didatangi oleh seseorang yang mengakui bahawa anda telah mengambil hak miliknya.