15 Gambar Gedung NSK Terbakar Sebentar Tadi

Gambar Ihsan Dari Bomba
Sungai Buloh - Sebuah gudang NSK di Sungai Buloh di sini hampir musnah di telan api akibat daripada kebakaran yang berlaku pada tengah hari tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata bahawa pihaknya telah menggerakkan 31 anggota dari Balai Bomba Sungai Buloh, Kota Anggerik, Rawang dan Batu Arang ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan kira-kira 12.02 tengah hari.

Tindakan pantas anggota bomba yang sampai ke tempat kejadian selepas enam minit kemudian telah berjaya mengawal kebakaran daripada terus merebak.

“Gudang pasar raya berkeluasan 200x300 kaki persegi itu telah terbakar sebanyak 70 peratus namun kebakaran telah berjaya dikawal daripada terus merebak ke kawasan lain pada kira-kira 12.15 tengah hari tadi,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Mohd Sani berkata tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan serta punca dan jumlah kebakaran masih lagi sedang disiasat.

Pihak WJ amat berterima kasih dengan bomba kerana memberikan maklumat serta gambar sekitar tempat kejadian.
Gambar Ihsan Dari Bomba
Gambar Ihsan Dari Bomba
Gambar Ihsan Dari Bomba
Gambar Ihsan Dari Bomba
Gambar Ihsan Dari Bomba
Gambar Ihsan Dari Bomba
Gambar Ihsan Dari Bomba
Gambar Ihsan Dari Bomba
Gambar Ihsan Dari Bomba
Gambar Ihsan Dari Bomba
Gambar Ihsan Dari Bomba
Gambar Ihsan Dari Bomba
Gambar Ihsan Dari Bomba
Gambar Ihsan Dari Bomba
Gambar Ihsan Dari Bomba