Wanita Muslim Terbit Buku Panduan Seks Dikecam Hebat Pengkritik

Seorang wanita Islam dikritik teruk oleh sebilangan pengkritik apabila beliau berani menerbitkan sebuah buku yang berunsurkan panduan seks
The Muslimah Sex Manual
London – Seorang wanita Islam dikritik teruk oleh sebilangan pengkritik apabila beliau berani menerbitkan sebuah buku yang berunsurkan panduan seks khusus untuk golongan isteri berjudul The Muslimah Sex Manual : A Halal Guide To Mind Blowing Sex.

Buat pertama kalinya seorang wanita Islam dengan berani menerbitkan buku sebegitu namun dia di kritik hebat kerana dia seperti memberikan galakkan yang mencerminkan wanita sebagai objek seksual serta seakan menggalakkan zina.

Penulis bagi buku yang menimbulkan kontroversi terbabit hanya memilih untuk tidak dikenali umum dengan menggunakan nama samarannya Umm Muladhat bagi penerbitan buku terbabit yang berlangsung pada minggu lalu.

Walaupun dikritik namun bukunya itu telah mendapat sambutab yang menggalakkan daripada pembaca di luar sana yang rata-rata memuji keberaniannya mendedahkan topik seks yang selama ini dianggap sesuatu yang tidak wajar dibincangkan serta merupakan rahsia dalam selimut yang tidak seharusnya dikongsikan.

Menurut penulis terbabit dia telah menerima maklum balas yang menggalakkan daripada pembaca tetapi dia juga turut menerima kata-kata celaan, saya hanya memberikan penekanan bahawa hubungan kelamin hanya boleh dilakukan serta di nikmati dengan ikatan sah bersama suami.

"Ianya adalah hak isteri untuk merasai pelbagai pengalaman di samping mendapatkan kepuasan daripada si suami", kata Umm Muladhat.

Antara nasihat yang diberikan adalah berkenaan teknik ciuman dan posisi jimak yang di syorkan dalam buku terbabit yang menjadi keutamaan wanita Islam untuk mendominan serta menikmatinya di ranjang.

Penulis yang juga merupakan graduan kelahiran Amerika Syarikat di bidang psikologi ini memberitahu bahawa dia telah mendapat idea untuk menerbitkan buku ini adalah kerana selepas mendengar pengakuan seorang rakannya mengenai hubungan intim yang dingin selepas bergelar pengantin baru.

Mengikut pengakuan darinya sendiri dia mengatakan bahawa kebanyakkan kandungan bukunya ditulis adalah berdasarkan pengalamannya sendiri dalam usaha menghangatkan hubungan kelamin bersama suaminya sendiri.

"Pengalaman yang dilalui sendiri merupakan sesuatu kelayakkan terbesar bagi individu bergelar doktor dalam memberikan penerangan tentang ilmu biologi," katanya lagi ketika di temu bual.-Suara.TV