Wanita Berselera Pelik, Makan Burung Merpati Hidup-hidup.

Seorang wanita menjadi terkenal hanya dengan cara yang amat pelik dan luar biasa
Wanita membuat pertunjukkan di tempat awam
Beijing – Seorang wanita menjadi terkenal hanya dengan cara yang amat pelik dan luar biasa yang jarang sekali kita sebagai manusia sanggup melakukannya.

Bermula daripada satu pertandingan beliau telah menjadikannya salah satu punca pendapatan bagi menampung kelangsungan hidupnya sendiri.

Wanita tersebut menjadi terkenal hanya selepas menyertai satu pertandingan mencari bakat luar biasa yang diadakan di China baru-baru ini.

Ketika pertandingan terbabit wanita tersebut telah mendedahkan sendiri makanan dengan makanan hariannya yang terdiri daripada pelbagai jenis haiwan yang di makan secara hidup-hidup.

Wanita tersebut sering membuat persembahan di tempat awam melalui bakat luar biasanya itu yang sanggup memakan pelbagai haiwan secara hidup-hidup seperti katak, ular dan belut.

Namun begitu wanita yang identitinya tidak didedahkan terbabit telah membuat satu kejutan lagi apabila baru-baru ini telah tular di media sosial video yang memaparkan beliau memakan burung merpati secara hidup-hidup.

Ada netizen yang mengomen perkara tersebut sesuatu yang jijik serta ada juga yang berpendapat bahawa ianya sesuatu yang amat kejam apabila memakan haiwan berkenaan secara hidup-hidup.

Tetapi dengan 'bakat luar biasanya' itulah yang di jadikan sebagai punca pendapatan bagi menampung hidupnya.