Video Yusuf Azmi Dapat Ugutan Bunuh

 penipuan sebuah syarikat penyimpanan kenderaan sambung bayar di Kajang
Yusuf Azmi, pengarah Unit Tindakan Khas PPIM
Selangor - Beberapa hari yang lalu kecoh di media sosial mengenai penipuan sebuah syarikat penyimpanan kenderaan sambung bayar di Kajang yang telah mengakibatkan berpuluh orang di senarai hitamkan akibat daripada pengurusan yang tidak tulus dari pihak syarikat terbabit.

Kemudian tampil seorang individu yang dikenali sebagai Yusuf Azmi yang merupakan seorang Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM telah bertindak berani dengan menggempur tempat terbabit demi untuk membela nasib mereka yang teraniaya.

Namun begitu selepas tindakannya itu dia telah menarik perhatian netizen yang rata-rata memujinya kerana berani menggempur premis terbabit, walau bagaimanapun tindakannya itu juga turut mengundang ancaman kepada dirinya sendiri.

Beliau telah menerima beberapa ancaman termasuklah ancaman bunuh daripada individu yang tidak berpuas hati dengan tindakkan berani beliau itu.

Walaupun selepas menerima ugutan terbabit, beliau tidak sedikit pun berganjak daripada perjuangannya itu yang memperjuangkan hak pengguna yang di tindas sebaliknya melabelkan mereka itu hanyalah sekadar 'gangster tepi jalan'.-mStar Online