Video Ngeri: Detik-detik Dua Wanita Maut Terjun Dari Tingkat Lima Apartment.

Bandung - Dua orang wanita yang juga merupakan adik beradik maut selepas terjun daripada tingkat lima sebuah apartment dipercayai mengalami gangguan mental.

Kedua mangsa yang di kenali sebagai Elviana, 34 tahun dan Eva Septiani, 28 tahun telah bertindak terjun daripada tingkat 5A Apartment Gateway, Jalan Ahmad Yani, Kota Bandung semalam, kejadian terbabit dikatakan berlaku sekitar pukul 5 petang.

Menurut pihak polis, kedua-dua mangsa meninggal dunia akibat daripada kecederaan di bahagian kepala, kaki serta patah lengan.

Seorang saksi yang dikenali sebagai Rifal memberitahu bahawa ketika kejadian kedua wanita tersebut melakukan aksi terjunan secara bergantian melalui balkoni tingkat lima apartment tempat tinggal mereka.

Abang mangsa, Reonald ketika ditemui memberitahu bahawa mereka telah tinggal di apartment berkenaan sejak dua tahun yang lalu namun kedua adik-adiknya itu telah mengalami gangguan jiwa sejak lapan tahun yang lalu.

Mengikut maklumat daripada Reonald, ganguan mental yang berlaku kepada adiknya itu bermula semenjak ibu mereka meninggal dunia pada tahun 2006 dan mereka juga turut pernah di rawat di hospital sakit jiwa Yayasan Penuai Indonesia Bogor.

Video yang telah menjadi tular di media sosial jelas menunjukkan mangsa yang terjun daripada tingkat lima apartment terbabit telah menimbulkan pelbagai spekulasi semenjak semalam .

Walau bagaimanapun Cibuenying Kidul, Kompol Anton Purwantoro telah memberi amaran keras kepada orang awam supaya tidak menimbulkan sebarang spekulasi yang tidak benar sehingga boleh menimbulkan fitnah kepada mangsa yang telah pun meninggal dunia.