Video: Makcik Buat Muka Selamba Selepas Kantoi Curi Barang Ratusan Ringgit.

Kuala Ketil - Kelibat seorang wanita berjaya dirakamkan oleh CCTV kerana mencuri beberapa barangan kosmetik yang mencecah harga ratusan ringgit di sebuah kedai di sini pada Isnin yang lalu.

Mengikut kepada seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Norsyifa Syahira, kejadian terbabit berlaku di stokis tempatnya dalam lingkungan pukul 6 petang ketika itu memang merupakan waktu sesak dengan bilangan pelanggan yang ramai.

Norsyifa Syahira atau Iera telah memuat naik video serta gambar seorang wanita yang layak di gelar Makcik terbabit selepas kantoi mencuri pelbagai barangan kosmetik yang di anggarkan keseluruhannya berjumlah lingkungan RM500.

Mengikut keterangan daripada Iera, dia pada mulanya tidak meletakkan sebarang prasangka terhadap wanita yang berusia likungan 50-an terbabit kerana faktor umur yang layak di panggil Makcik terbabit.

Namun begitu gerak geri Makcik terbabit yang menggalas beg sambil membuka serta menutup beg menimbulkan kecurigaan pekerja kedai terbabit.

Mengikut penerangan Iera, selepas pekerjanya itu curiga dengan tindak tanduk Makcik terbabit telah bertindak melaporkan perkara terbabit kepada maknya.

Selepas melihat kepada CCTV, jelas menunjukkan Makcik yang memakai tudung kuning terbabit telah memasukkan pelbagai barangan kosmetik ke dalam beg galasnya ketika tiada sesiapa yang mengekorinya.

Menurut Iera ketika itu memang orang tengah ramai jadi tak sempat nak ikut semua pelanggan yang ada dalam kedainya itu.

Mengikut CCTV yang di paparkan, Makcik terbabit telah membuat dua pusingan bagi mencuri pelbagai barangan kosmetik yang disumbatkan ke dalam beg galasnya itu.

"Masa tengok CCTV itu memang tak sangka banyak betul barang yang di ambil beranggaran RM300 jadi masa dia nak keluar dari pintu cepat-cepat salah seorang pekerja kami menahan dia," kata Iera.

Pada mulanya semasa ditahan kami cakap nak check beg dia tetapi memang dia tak nak bagi check, kemudian pekerja kami cakap kepadanya "mencuri ka, mai nak check beg", dengan selamba sahaja Makcik itu jawab "ya Makcik curi, Makcik pi letak balik".

Makcik itu pun berjalan dan meletakkan balik semua barang yang dia ambil, lepas itu kami check beg dia memang kosong.

Ingatkan dia dah letak semua barang jadi kami pun lepaskan saja dia tak bawa pun pergi balai sebab fikirkan dia yang dah tua, tapi bila tengok CCTV tak sangka barang yang dia letakkan balik itu cuma ketika dia buat pusingan kedua.

Pusingan pertama barang yang di curi dia telah tinggalkan di dalam kereta kancil berwarna biru muda miliknya dengan nombor pendaftaran BEJ 642 sebelum dia masuk semula untuk mencuri barangan yang lain.

Barang yang di curi ketika pusingan pertama itu di anggarkan bernilai RM200.

Menurut Iera, tujuan dia menviralkan kejadian Makcik melakukan kecurian ini adalah bagi menyuruh supaya peniaga-peniaga yang lain supaya lebih berhati-hati supaya kejadianyang sama tidak berulang kepada orang lain.

Bagi Iera orang macam ini memang takkan insaf sebab sedangkan bila dah kantoi pun dia boleh buat muka selamba dia saja, nak minta maaf pun tak ada dan langsung tak rasa bersalah atau malu dengan perbuatannya itu.

Makcik ini dah tua, bayangkanlah kalau anak-anak tengok muka Makcik ini yang terpampang sebab mencuri, tak ke malu nanti.

Orang Kuala Ketil berhati-hatilah kalau terserempak dengan Makcik ini.