Video Lelaki Tolak Anak Orang Lain Yang Berebut Mainan Dengan Anaknya.

lelaki telah bertindak menghempas seorang wanita ke lantai
Screen shot dari rakaman video
China - Seorang lelaki telah bertindak menghempas seorang wanita ke lantai di sebuah pusat permainan kanak-kanak.

Menurut laporan Shanghaiist, wanita tersebut pada mulanya marah selepas anaknya telah di tolak oleh lelaki berkenaan ke meja yang di percayai berpunca daripada perebutan mainan antara anaknya dengan kanak-kanak terbabit.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku pada hari Ahad lepas di sebuah pusat membeli-belah di bandar Zhenjiang, Jiangsu ketika pusat permainan kanak-kanak itu menjadi tumpuan bagi ibu bapa membawa anak-anak mereka di hujung minggu bergembira.

Melihat kepada rakaman video pendek yang dirakamkan oleh kamera di pusat permainan tersebut kelihatan pada mulanya dua orang kanak-kanak perempuan sedang berebut permainan yang sama sebelum seorang lelaki dipercayai ayah kepada salah seorang kanak-kanak terbabit masuk campur.

Sebagai seorang ayah sepatutnya bertindak supaya mengajar anak-anak supaya bertolak ansur serta berkongsi permainan bersama dengan kanak-kanak lain tetapi sebaliknya berlaku apabila lelaki terbabit seperti memberikan ajaran kepada anaknya supaya bergaduh untuk mendapatkan mainan yang dikehendaki.

Lelaki terbabit telah menarik kanak-kanak perempuan yang sedang berebut mainan dengan anaknya itu dan kemudiannya telah menghumban kanak-kanak tersebut sehingga mengenai meja tempat ibu kanak-kanak terbabit sedang duduk.

Ianya suatu perbuatan yang akan mengundang kemarahan mana-mana ibu bapa yang melihat anak mereka diperlakukan seperti itu sedangkan kalau di fikirkan berebut permainan itu sesuatu yang biasa berlaku antara kanak-kanak.

Itulah yang berlaku kepada ibu kanak-kanak yang di humban terbabit yang terkejut dengan tindakan lelaki terbabit yang melakukan sebegitu tersebut terhadap anaknya dan terus bangun dari kerusi dan memanjat meja dihadapannya untuk menyerang lelaki terbabit.

Namun kudrat seorang wanita tidak mampu menandingi lelaki menyebabkan wanita tersebut diangkat dan dihempas ke lantai oleh lelaki terbabit dengan pantas tetapi lelaki tersebut dilihat seperti masih tidak berpuas hati cuba untuk memukulnya lagi namun seorang wanita dilihat datang serta menarik lelaki terbabit dengan tujuan meleraikan pergaduhan terbabit.

Taman permainan merupakan tempat yang menyeronokkan bagi kanak-kanak jadi jangan jadikan ianya medan pergaduhan antara ibu bapa pula.

Walau bagaimanapun kejadian tersebut masih lagi dalam siasatan pihak polis selepas video terbabit tersebar di media sosial.-Shanghaiist