Video Kanak-kanak Dua Tahun Maut Terjatuh Dari Tingkat 17 Selepas Di Prank Oleh Rakan Sepermainan.

 Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut selepas terjatuh daripada tingkat 17
Screen shot daripada rakaman CCTV ketika kejadian
China - Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut selepas terjatuh daripada tingkat 17 di sebuah apartment tempat tinggalnya.

Kejadian ini sepatutnya tidak akan berlaku jika ibu bapa sering mengawasi anak-anak mereka ketika bermain di luar kawasan rumah apatah lagi jika di kawasan flat, kondo mahupun apartment kerana kawasan berkenaan amat bahaya bagi kanak-kanak jika tidak di pantau.

Kanak-kanak malang tersebut yang di kenali sebagai Li Li telah ditemui maut dipercayai selepas terjatuh daripada tingkat 17 apartment berkenaan.

Kanak-kanak terbabit dikatakan telah menjadi mangsa prank oleh rakan sepermainannya sendiri yang berusia lima tahun apabila dia telah di angkat masuk oleh rakannya itu ke dalam lif secara bersendirian.

Mengikut rakaman CCTV di apartment terbabit kelihatan mangsa telah ditinggalkan di dalam lif berkenaan secara bersendiri dan di hantar ke tingkat paling tinggi di block iaitu tingkat 17.

Pada mulanya rakaman CCTV berjaya merakam kelibat tiga orang kanak-kanak di lif berkenaan yang baru keluar daripada lif block terbabit tetapi kemudian salah seorang kanak-kanak lelaki berjalan kembali ke lif berkenaan bersama Li Li.

Kanak-kanak terbabit dilihat cuba untuk membawa Li Li masuk ke dalam lif semula dan meletakkannya ke dalam lif terbabit yang kemudiannya hanya melihat pintu lif berkenaan tertutup dengan meninggalkan Li Li secara bersendirian di dalam Lif berkenaan.

Kelihatan Li Li yang ketakutan disebabkan bersendirian di dalam lif telah bertindak mengetuk-ngetuk pintu lif terbabit dengan kuat beberapa kali sebelum pintu lif berkenaan terbuka di tingkat 17.

Sebaik sahaja pintu lif terbuka kelihatan Li Li yang terus sahaja melangkah keluar dalam ketakutan sebelum ditemui maut akibat terjatuh dari tingkat 17 terbabit di ruangan antara bangunan di tingkat itu.