Video Jenazah Mangsa Yang Hilang Dihantar Oleh Buaya Ke Tebing Sungai.

Seorang lelaki yang telah dilaporkan hilang semalam ketika sedang mandi bersama rakan telah ditemui semula pada pukul 9 pagi tadi.
Video serta gambar jenazah mangsa yang berjaya ditemui
Borneo Kalimatan - Seorang lelaki yang telah dilaporkan hilang semalam ketika sedang mandi bersama rakan telah ditemui semula pada pukul 9 pagi tadi.

Mangsa terbabit yang di kenali sebagai Syarifuddin telah di laporkan hilang sejak semalam ketika mandi bersama rakannya Abdullah di Muara Sungai Lempake pada petang semalam.

Ketika mangsa bersama rakannya itu sedang mandi-manda tiba-tiba mereka telah di kejutkan dengan kehadiran seekor buaya yang bertindak menyerang mangsa.

Mayat mangsa hanya di temui oleh orang ramai 1 kilometer dari lokasi kejadian dengan kesan kecederaan dikepala serta badan selepas hampir 15 jam usaha pencarian mencari mangsa dilakukan.

Walau bagaimanapun menurut rakan mangsa yang juga merupakan saksi kejadian yang menimpa mangsa memberitahu bahawa buaya yang menerkam mangsa ketika sedang mandi tidak sama dengan buaya yang ditemui oleh orang ramai.

Menurut percakapan daripada penduduk kampung, buaya tersebut dikatakan tidak kelihatan seperti mahu membaham mangsa tetapi sebaliknya ia seperti hanya mahu menghantar jenazah mangsa ke tepi sungai

Hasil siasatan mendapati tiada unsur jenayah pada mayat mangsa melainkan mangsa di sahkan meninggal dunia akibat daripada kecederaan yang berpunca daripada gigitan pemangsa air berkenaan.