Video Ibu Halang Bomba Pecahkan Cermin Dalam Usaha Menyelamatkan Anaknya.

China - Seorang wanita sanggup membiarkan anaknya kelemasan di dalam kereta tanpa membenarkan anggota penyelamat memecahkan cermin tingkap kereta miliknya itu kerana tidak mahu menanggung kos pembaikkan cermin terbabit.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku di sebuah tempat letak kereta di Chongqing, rakaman video sekitar kejadian menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun yang telah terkunci di dalam sebuah kenderaan dan cuba di selamatkan oleh anggota bomba.

Ketika anggota bomba tiba di tempat kejadian mereka langsung bersedia untuk membuka pintu kereta terbabit sepantas yang mungkin bagi menyelamatkan nyawa kanak-kanak terbabit namun ibu kanak-kanak terbabit sebaliknya telah menghalang anggota bomba melakukan tugasan mereka.

Melalui klip video terbabit kelihatan wanita terbabit yang sempat lagi untuk mengatur perbelanjaan yang bakal di tanggungnya jika cermin keretanya dipecahkan sebelum membenarkan mereka memecahkan cermin.

Ibu kanak-kanak tersebut telah bertanyakan kepada anggota bomba terlebih dahulu cermin manakah yang lebih murah jika dia harus menggantikan cermin yang pecah.

Terkejut dengan soalan ibu kanak-kanak terbabit kerana lebih mementingkan kos perbelanjaan daripada nyawa anak yang terancam terus sahaja anggota bomba terbabit memberitahunya bahawa cermin tingkap sisi penumpanglah yang paling murah.

Hanya selepas diberitahu cermin yang paling murah barulah wanita berkenaan membenarkan anggota bomba memecahkan cermin keretanya dan menyelamatkan anaknya itu.

Video terbabit yang telah di muat naik di media sosial jelas mengundang kemarahan oleh netizen yang rata-rata melemparkan kemarahan di atas sikap ibunya itu yang lebih mementingkan wang ringgit daripada keselamatan anaknya sendiri.

Kritikkan yang sama juga telah dilemparkan kepada seorang wanita di atas kecuaiannya pada awal bulan lalu sehingga menyebabkan pihak polis terpaksa mmecahkan cermin kereta miliknya demi menyelamatkan anaknya yang sudah tidak sedarkan diri akibat daripada terkurung di dalam kenderaan yang terkunci.

Walau bagaimanapun wanita terbabit bukan sahaja tidak berterima kasih di atas bantuan yang di hulurkan malah dia tergamak meminta ganti rugi terhadap pegawai berkenaan untuk membaiki cermin keretanya yang di pecahkan.

Pada tahun 2015 pula seorang ibu di Yiwu pula sanggup menunggu tukang kunci tiba bagi membuka pintu keretanya daripada membiarkan penyelamat memecahkan tingkap BMW miliknya walaupun ketika itu anaknya yang berusia 3 tahun kelihatan ketakutan serta menangis di dalamnya.

Wanita berkenaan sanggup menunggu tukang kunci supaya dia tidak perlu menanggung kos pembaikan di kemudian hari.

Mengikut kejadian-kejadian terbabit, di manakah nilainya naluri seorang ibu yang seharusnya lebih mementingkan nyawa anak itu sendiri yang tiada gantinya jika melayang berbanding wang ringgit yang boleh di cari.-Shanghaiist