Video: Hasrat United Untuk Beli Gareth Bale Bukan Lagi Rahsia

Sebuah video berdurasi 34 saat yang dirakam di sebuah terowong sebelum perlawanan bola bermula, Jose Mourinho telah mengluarkan kata-kata yang mengejutkan kepada Gareth Bale.

Menurut laporan mStar Online, Jose Mourinho dikatakan bersalaman dengan pemain Real Madrid itu di dalam terowong sebelum perlawanan Piala Juara-Juara Antarabangsa.

Gareth Bale, pemain berusia 28 tahun itu, sentiasa dikaitkan dengan Manchester United, namun pemindahan beliau sehinga kini masih belum berlaku.

Namun hasrat Manchester United untuk membeli pemain berusia 28 tahun itu bukan lagi rahsia apabila ia diluahkan sendiri oleh Jose Mourinho ketika bersalam dengan pemain itu.

Kata-kata Jose Mourinho kepada Gareth Bale sebelum permaian bermula:

"Saya tidak dapat membeli kamu kerana kamu tidak bercakap dengan saya" sambil memeluk pemain itu".

Selepas habis perlawanan, wartawan bertanya kepada Jose Mourinho sama ada Gareth Bale akan berpindah ke Manchester United, Jose Mourinho menjelaskan bahawa Manchester United tidak boleh mendapakan pemain Wales itu kerana dia gembira bersama Bernabeu.

"Gareth Bale berada di kelab ini dengan situasi yang baik ketika ini.

"Gareth Bale tidak rasa untuk tinggalkan Real Madrid, kenapa kita perlu habiskan masa dan tenaga (untuk dapatkan Bale)," jelas Jose Mourinho . - mStar Online