Video Dua Wanita Bergelek Sakan Di Kelantan Di Kecam Netizen.

Kelantan –  Perbuatan tiga orang artis dikir barat yang bergelek sakan dalam satu majlis di Kelantan telah menarik perhatian masyarakat.

Kelantan merupakan satu negeri yang di gelar Serambi Mekah dan perbuatan mereka yang bergelek di negeri terbabit seakan mencemar nama baik negeri terbabit.

Kejadian terbabit dikatakan berlaku di sebuah majlis perkahwinan bertempat di Kampung Padang Tembesu, Kelantan dan video sekitar majlis terbabit yang berdurasi 1 jam 5 minit telah di muat naik secara langsung di Facebook.

Perbuatan memuat naik video terbabit hanya menimbulkan kontroversi serta membuatkan rata-rata netizen mengecam hebat tarian gelek terbabit yang di lakukan oleh tiga orang artis dikir barat yang tidak sepatutnya berlaku di negeri terbabit.

Dalam video terbabit kelihatan pada mulanya seorang wanita dan lelaki berduet menyanyi sambil wanita terbabit bergelek dan selepas itu muncul pula seorang lagi wanita yang berduet  bersama wanita terbabit sambil kedua-duanya bergelek di ikuti dengan sorakkan pengunjung yang hadir di majlis terbabit.

Walau bagaimanapun perkara terbabit betul-betul membuatkan netizen mengecam hebat perbuatan mereka bertiga yang dianggap melampaui batas kerana perkara terbabit tidak sepatutnya berlaku di negeri serta di majlis perkahwinan.

Ketika majlis terbabit berlangsung sudah pasti terdapat juga sebilangan kanak-kanak yang turut hadir di sana dan perbuatan terbabit memberikan contoh yang tidak baik kepada mereka.