Video Budak Sekolah Hisap Gam Tersebar.

Inilah padahnya jika anak-anak di lepaskan bebas begitu sahaja tanpa pengawasan ibu bapa, mula-mula memanglah berjinak-jinak dengan hisap gam dulu tapi kemudian hari kalau tidak di bendung tak tahulah nak jadi apa.

Berikutan penularan satu video pendek yang memaparkan empat orang budak perempuan yang sedang menghisap gam di dalam bilik dan kesemua mereka itu dipercayai masih lagi bersekolah berikutan dua orang daripada mereka sedang memakai tudung sekolah serta kesemua mereka sedang mengenakan baju seragam sukan.

Walau bagaimana pun lokasi sebenar serta usia pelajar terbabit dan dari sekolah mana masih lagi tidak dapat di kenal pasti berikutan tiada sebarang pendedahan di buat oleh individu yang memuat naik video terbabit.

Video terbabit hanya mendedahkan empat orang pelajar sahaja namun tidak di ketahui berapa orang sebenar yang terlibat dalam aktiviti tidak bermoral terbabit.

Ibu bapa di saran supaya memantau aktiviti di luar waktu persekolahan anak-anak supaya perkara seperti ini tidak akan berlaku serta bagi memastikan anak-anak tidak akan terlibat dengan aktiviti tidak bermoral ini demi menjamin masa depan mereka terjamin.