Video Bas Sani Express Menggila Potong Double Line.

Seorang pengguna jalan raya telah meluahkan kekesalannya di atas sikap pemandu bas Sani Express yang di anggap boleh membahayakan penumpang
Screen shot dari rakaman yang sempat terakam
Terengganu - Seorang pengguna jalan raya telah meluahkan kekesalannya di atas sikap pemandu bas Sani Express yang di anggap boleh membahayakan penumpang serta pengguna jalan raya yang lain.

Kejadian tersebut di katakan berlaku di jalan Kuala Terengganu-Besut, berhampiran Kampung Guntong Luar namun tarikh serta waktu kejadian boleh di lihat pada gambar yang tertera.

Walau bagaimanapun lelaki terbabit yang di kenali sebagai Nazrin Haikal Ruslan mengatakan bahawa dia telah cuba untuk membuat laporan mengenai pemandu bas berkenaan di laman web Sani Express terbabit namun tiada sebarang tidak balas dari pihak mereka.

Malah posting yang di post pada laman web terbabit di katakan telah dipadamkan oleh pihak mereka tanpa melakukan apa-apa.

Akhirnya Nazrin telah memuat naik video yang menunjukkan kesalahan pemandu berkenaan di akaun peribadinya sendiri serta telah di kongsikan kepada umum supaya netizen menilaikan sendiri kesalahan pemandu bas berkenaan.

Dia berkata bahawa pemandu bas berkenaan telah kelihatan betul-betul bongkak membelah jalan raya tanpa mengira keselamatan orang lain melihatkan cara dia memotong jalan sebegitu.

Rakaman terbabit telah dirakamkan dengan menggunakan Car Cam miliknya, melalui video terbabit jelas menunjukkan bas terbabit yang memotong di atas jambatan, garisan berkembar, menghimpit kenderaan lain serta dua buah lagi kenderaan dari arah bertentangan menyebabkan kenderaan terbabit terpaksa mengelak demi menyelamatkan nyawa masing-masing.

Nazrin turut memuji syarikat pengangkutan terbabit kerana memiliki bas yang hebat lengkap dengan teknologi GPS, ada speed limiter, ada Free Wifi lagi, dan pemandu bas berkenaan pun ada uniformnya yang tersendiri segak ala-ala 'pilot' gitu.

Tetapi pada pandangannya walaupun bas terbabit memiliki kesemua kecanggihan teknologi namun pemandu yang memandu bas berkenaan patut di ambil tindakan yang sewajarnya kerana dia bukan sahaja membahayakan nyawa sendiri malah nyawa penumpang serta pengguna jalan raya yang lain juga turut terkesan andai kata berlaku perkara yang tidak di ingini.

"Saya memandu pada waktu petang ini untuk balik ke rumah dan bukannya mahu kembali ke rahmatullah," katanya lagi.-Nazrin Haikal Ruslan