Video Aksi Biadap Pasangan Dirakam CCTV Domino’s Pizza

Sepasang kekasih telah ditahan kerana di dakwa telah berkelakuan tidak sopan di hadapan umum apabila mereka tanpa segan-silu melakukan seks di sebuah restoran pizza di sini.
Screen short daripada rakaman CCTV
Britain - Sepasang kekasih telah ditahan kerana di dakwa telah berkelakuan tidak sopan di hadapan umum apabila mereka tanpa segan-silu melakukan seks di sebuah restoran pizza di sini.

Pasangan tersebut yang dikenali sebagai Danielle Hirst 28 tahun dan Craig Smith 31 tahun telah melakukan seks di hadapan umum ketika sedang menunggu pesanan makanan mereka dalam sebuah restoran pizza di Yorkshire, Britain.

Mereka telah di dakwa di makhamah pada Jumaat atas kesalahan berkelakuan tidak senonoh di tempat awam selepas rakaman CCTV Domino's Pizza pada Februari lalu telah tersebar di media sosial.

Melalui video berkenaan dapat dilihat bahawa pasangan terbabit sedang melakukan hubungan seks ketika mereka berada di kaunter sementara menunggu pesanan mereka siap.

Walau bagaimanapun makhamah membenarkan mereka di ikat jamin sebelum perbicaraan di Makhamah Majistret Scarborough yang di jadualkan berlangsung pada 21 September depan.

Jika pasangan terbabit didapati bersalah, mereka bakal berdepan dengan hukuman maksimum enam bulan serta akan di kenakan denda bagi kesalahan tersebut.