Tiga Gambar Pasangan Suami Isteri Kantoi Curi Duit Tabung Masjid.

Melaka: Tiga gambar pasangan suami isteri berjaya ditahan penduduk kampung ketika sedang memecah tabung Masjid Air Hitam Pantai, Tanjung Bidara pada petang semalam.

Dalam kejadian petang itu, pasangan tersebut datang ke masjid itu dan cuba memecah tabung itu untuk mencuri wang.

Bagaimanapun perbuatan pasangan itu disedari penduduk yang curiga dengan kehadiran mereka di masjid berkenaan pada 6.30 petang sebelum menahan mereka.

Dalam gambar tersebut dapat dilihat si suami lebam di muka akibat di pukul oleh penduduk kampung kerana rasa tidak berpuas hati dengan sikap pasangan tersebut kerana mencari duit dengan cara memecah tabung Masjid.

Menurut penduduk kampung suspek menjerit meminta isteri untuk melarikan diri akan tetapi penduduk kempung berjaya menangkap isteri suspek.

Pasangan itu kemudiannya di serah kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim berkata, kedua-dua suspek lelaki berusia 27 dan wanita 31 tahun itu dicekup penduduk kampung yang menyedari kejadian di perkarangan masjid.

"Siasatan lanjut mendapati mangga pengunci tabung masjid dipotong dan wang tunai hasil sumbangan turut tiada.

"Wang tunai berjumlah RM98 dipercayai diambil daripada tabung masjid turut ditemui bersama suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan," katanya.