Suami Durjana, Beri Izin Isteri Bekerja Sebagai GRO.

Seorang wanita yang bekerja sebagai GRO ternyata tidak serik walaupun telah ditahan berkali-kali oleh pihak polis.
Erny ketika ditahan
Surabaya - Seorang wanita yang bekerja sebagai GRO ternyata tidak serik walaupun telah ditahan berkali-kali oleh pihak polis.

Wanita terbabit yang di kenali sebagai Erny berusia 38 tahun merupakan penduduk Surabaya, Jawa Timur telah di tangkap sekali lagi ketika dia sedang menunggu pelanggan.

Dia telah di tahan di Satpol PP Surabaya ketika pihak berkuasa melakukan operasi dalam membanteras kegiatan pelacuran yang semakin berleluasan di kawasan berkenaan.

Ketika di tahan, Erny mengaku bahawa ketika itu dia sedang bekerja sebagai GRO dengan alasan untuk membeli susu untuk anaknya dan dia juga turut memberitahu bahawa suaminya juga mengetahui bahawa dia bekerja sebagai GRO.

Mengikut keterangan dari Erny, suaminya juga turut memberikan keizinan kepadanya untuk bekerja sebagai GRO bagi menampung perbelanjaan mereka sekeluarga.

Ketika di soal oleh pegawai yang bertugas yang bertanyakan mengapa dia memilih untuk menjadi GRO, dengan bersahaja Erny memberitahu bahawa dia suka menjadi GRO kerana mendapat hasil yang lumayan berbanding jika dia melakukan pekerjaan lain.-Tribunnews