Sebarkan Perangai Sebenar Orang Ini Yang Mungkin Buat Anda Terkejut.

Mr.Chandran ketika memulangkan semula telefon yang dijumpai
Zaman sekarang ini mana nak cari orang yang jujur lagi dan kalau ada pun satu saja dalam 100 orang tetapi aku memang ruspek dengan abang seorang ini sebab dia jujur.

Aku tak tahulah apa pandangan kau orang tapi nak di jadikan cerita sepupu aku tercicirkan telefon di R&R Kulai dan masa itu memang dia hanya sedar telefon dah tak ada masa dia keluar dari R&R terbabit.

Kalau kau oranglah jumpa telefon tiba-tiba apa yang kau orang buat, paling tidak pun ambik buang simcard lepas itu jual atau pakai saja telefon tersebut kan.

Sepupu aku itu punyalah menggelabah habis cari telefon tak jumpa, kami terus cuba call nombor telefon dia dan masa itu tak sangka ada seorang lelaki jawab dan bagi tahu yang dia jumpa telefon itu masa nak masuk tandas.

Lelaki yang tolong simpankan telefon ini kerja dia cuma pemandu lori Kuala Lumpur ke Singapura tetapi dia mempunyai hati yang jujur sebab sanggup simpan telefon terbabit nak cuba jejak orang yang tercicirkan telefon itu.

Walau apa pun aku amat bersyukur sebab ada juga orang yang jujur lagi di zaman macam ini, terima kasih aku ucapkan kepada Mr.Chandran dan semoga kejujuran kamu itu akan di jadikan contoh buat masyarakat.

Inilah rupa Mr.Chandran seorang yang jujur