Saya Tak Mahu Merosakkan Rumah Tangga Orang Tetapi Saya Sayangkannya.

Smule merupakan satu aplikasi yang sering di gunakan oleh orang ramai tidak kira di ceruk mana sekalipun hanya untuk tujuan menghiburkan hati dengan menyanyi mengikut suka-suka sahaja.

Tetapi kisah yang ingin saya kongsikan ini merupakan luahan seorang wanita yang berkongsikan masalahnya yang bermula daripada hobi menyanyi secara suka-suka di aplikasi Smule sehinggalah kepada permasalahan dilema bercinta dengan suami orang.

Saya tahu jika saya kongsikan kisah saya ini paling tidak saya pasti akan mendapat kecaman hebat daripada netizen di luar sana kerana akan di anggap sebagai perosak rumah tangga orang tetapi saya juga memerlukan pandangan dari orang di luar sana dalam menyelesaikan permasalahan saya ini.

Begini, saya merupakan seorang yang gemar melayari aplikasi Smule hanya sekadar menyanyi suka-suka tetapi saya tidak sangka bahawa aplikasi ini juga turut menemukan saya dengan seorang lelaki selepas saya memasuki group Smule.

Lelaki yang saya kenali ini bukanlah daripada negara ini tetapi berasal daripada negara seberang, setelah hampir setahun saya mengenalinya membuatkan hubungan kami bertambah serius walaupun jarak yang jauh memisahkan kami.

Sejauh mana sekalipun kami terpisah namun kami merasakan seakan dekat dengan kecanggihan teknologi sekarang yang boleh menghubungkan kami melalui smartphone serta internet.


Tiada apa lagi yang lebih menggembirakan saya apabila mengetahui bahawa dia telah pun menempah tiket penerbangan untuk datang ke sini bagi sama-sama meraikan hari jadi saya yang bakal tiba pada minggu hadapan.

Tipu jika saya katakan saya tidak gembira, gila perempuan mana yang tidak suka jika kekasihnya akan datang berjumpa dengannya apatah lagi ini adalah kali pertama kami akan bersua muka.

Hari-hari yang berlalu saya hitung dan rasa tidak sabar untuk berjumpa dengannya tetapi masa itu saya memang tidak tahu menahu bahawa dia sudah mempunyai isteri serta dua orang anak.

Saya hanya dapat tahu bahawa dia sudah memiliki keluarga pada raya baru-baru ini, masa itu memang saya terkejut, marah serta rasa tertipu dengannya.

Ketika saya mengetahuinya saya terus minta putuskan hubungan tetapi dia beria-ia memujuk saya dan memberitahu bahawa dia akan memberitahu isterinya mengenai saya.

Dia memang pandai memujuk serta dia cakap dia sememangnya serius dengan hubungan kami serta dia tidak sanggup kehilangan saya.

Walau bagaimanapun saya telah menolak pujukkannya tetapi pada masa yang sama saya amat menyayangi dirinya sebab hubungan kami dah lama terjalin dan saya amat buntu apa yang harus saya lakukan.

Saya hanya menyepikan diri dan buat tak tahu sahaja dengannya tetapi masalahnya dia nekad untuk datang ke sini untuk berjumpa dengan saya malah tiket dan hotel penginapan pun dia dah tempah.

Dia cakap dengan saya bahawa isterinya dah pun mengizinkan untuk dia datang ke sini untuk berjumpa dengan saya dan walau apa sekali pun dia tetap nekad untuk datang ke sini berjumpa dengan saya.

Saya tak tahu dah apa yang perlu saya lakukan sedangkan saya dalam di lema menyayanginya serta dalam masa yang sama saya cuba mengelakkan dirinya kerana saya tidak mahu menjadi seorang perosak rumah tangga kaum saya sendiri.

Masalah saya sekarang ini lebih teruk apabila dia mengetahui segala-galanya mengenai saya sebab dia pernah menggunakan google street view untuk mengetahui lokasi tempat tinggal serta tempat kerja saya.

Dia juga sememangnya mengetahui alamat rumah saya sebabnya kami sering bertukar barangan melalui pos dan dia juga turut memiliki nombor kad pengenalan saya.

Saya sendiri pun tak tahu macam mana dia trace nombor kad pengenalan saya menggunakan aplikasi apa tetapi yang pasti nombor berkenaan memang tepat dan dia juga turut memberitahu bahawa dia boleh acces segala-galanya mengenai saya dengan mudah.

Untuk pengetahuan semua lelaki ini merupakan seorang anggota polis di negara seberang yang mungkin memudahkan dia untuk mengaccess perihal saya.

Tolonglah bantu saya keluar daripada permasalahan ini sebab saya tidak mahu merosakkan kebahagiaan rumah tangga orang lain walaupun saya sudah terlanjur mencintai serta menyayangi dirinya.