Polis Terlepas Dari Hukuman Selepas Langgar Wanita Hamil Sehingga Maut.

Kemalangan yang berlaku berdekatan dengan Petronas Majidee baru-baru ini yang mmembabitkan sepasang suami isteri dengan pegawai polis
Gambar mangsa kemalangan
Johor - Kemalangan yang berlaku berdekatan dengan Petronas Majidee baru-baru ini yang mmembabitkan sepasang suami isteri dengan pegawai polis telah menimbulkan kekecohan susulan kenyataan yang di keluarkan oleh saudara mangsa.

Saudara mangsa yang di kenali sebagai Mohd Juwaidi berkata bahawa mangsa yang terlbat dalam kemalangan terbabit adalah merupakan saudaranya, apa yang menyedihkan adalah mangsa wanita terbabit sedang sarat mengandung ketika mengalami kemalangan terbabit.

Mengikut pemberitahuan Juwaidi, polis terbabit telah melanggar saudaranya itu sehingga si suami yang di masukkan ke Hospitan Sultan Ismail mengalami retak tulang bahu dan rusuk serta menyebabkan paru-parunya bermasalah manakala isterinya mengalami pendarahan di otak sehingga menyebabkan nya koma di Hospital Sultanah Aminah.

Doktor terpaksa melakukan pembedahan Caeser ke atas isterinya itu demi menyelamatkan nyawa bayinya, begitu menyedihkan keadaan mereka sekeluarga tetapi polis yang melanggar mereka terlepas daripada kesalahan atas alasan dia tidak bersalah.

Menurut Juwaidi lagi, polis terbabit telah membuat laporan yang mengatakan bahawa saudaranya itu yang bersalah sedangkan kalau ikutkan ketika kejadian mangsa berada di jalan utama iaitu jalan terus manakala polis terbabit di jalan untuk membuat pusingan U tetapi dia boleh pula cakap yang saudara aku yang sepatutnya berhenti bagi dia jalan dulu.

"Aku rasa undang-undang gila dah sekarang, sepatutnya yang berada di pusingan U yang kena berhenti bila tak ada kenderaan baru jalan tapi dalam kes saudara aku ini lain pula jadinya".

"Disebabkan kes ini aku dah mula rasa meluat dengan undang-undang di Malaysia ini dan hilang rasa homat aku pada polis kalau polis yang langgar saudara aku itu terlepas macam itu sahaja," kata Juwaidi.

Juwaidi telah memuat naik kenyataan tersebut di Facebook miliknya sendiri yang ternyata tidak berpuas hati denga kejadian yang menimpa saudaranya itu yang sepatutnya mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Juwaidi berkata bahawa undang-undang sekarang yang salah menang tetapi yang tak salah pula yang dijatuhkan hukuman, saudara aku tak boleh nak lawan ke dah sebab polis terbabit hantar peguam mana entah cakap dekat saudara aku itu dia yang salah dalam kes ini dan bukannya polis itu.

"Aku harap tuhan akan melaknat orang yang bersikap seperti syaitan ini dan aku bukannya bercakap kosong di sini tetapi kalau kau orang tidak percaya bolehlah ziarah saudara saya di Hospital Sultan Ismail wad 6A katil 16".

"Dia masih lagi tak boleh nak gerak untuk melihat anak serta isterinya yang sedang koma di hospital yang berbeza, aku berharap agar kalian dapat mendoakan semoga mereka sekeluarga dapat pulih seperti sedia kala," katanya lagi.

Juwaidi mengatakan bahawa dia tidak kisah jika kenyataan yang dia muat naik di facebook terbabit mendapat kecaman dari nitezen sebab dia update kisah ini supaya saudara dia mendapat keadilan kerana menganggap saudaranya itu teraniaya.

Aku amat berharap pelaku ini mendapat balasan dari Tuhan, dekat dunia memanglah kau terlepas tetapi akhirat belum tahu lagi dan aku amat berharap sesiapa yang melihat kejadian terbabit akan tampil bagi kerjasama untuk membantu mengukuhkan lagi bukti yang ada supaya kami dapat melawan kes ini.

Info terkini, aku minta sahabat serta family untuk sedekahkan Al-Fatihah untuk isteri mangsa kerana beliau telah pun meninggal dunia pada pukul 1 pagi , pada polis yang melanggar saudara aku ini sedarlah bahawa kau telah meragut nyawa seorang wanita yang sedang hamil tetapi kau tidak mahu bertanggung jawab atas kesalahan kau. Kredit: Mohd Juwaidi