Polis Berkas Ketua Kumpulan Double Seven Di Seremban.

Pihak polis telah berjaya memberkas seorang lelaki yang paling dikehendaki
Anggota STAGG
Kuala Lumpur – Pihak polis telah berjaya memberkas seorang lelaki yang paling dikehendaki dipercayai merupakan seorang Ketua kumpulan Kongsi Gelap Double Seven (77).

Mengikut laporan dari Bernama, suspek terbabit telah ditahan di Seremban, Negeri Sembilan kelmarin namun lokasi serta masa sebenar suspek ditahan tidak didedahkan oleh pihak polis.

"Suspek yang berusia dalam lingkungan 40-an itu berjaya ditahan oleh Pasukan Taktikal Khas Antimaksiat, Judi dan Gengsterisme (STAGG) Bukit Aman," kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh.

"Suspek juga dikatakan akan direman selama empat hari yang bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Akta Pertubuhan 1966," katanya lagi ketika dihubungi semalam.

Mengikut hasil kajian pihak polis suspek telah didapati terlibat dengan kegiatan kongsi gelap serta pihak polis percaya bahawa suspek juga terlibat dalam satu kes jenayah di Chenderiang, Perak pada tahun 2011.- Bernama