Pelajar Menggunakan Kaki SebagaiTeknik Baru Meniru Dalam Peperiksaan.

Seorang pelajar wanita telah didedahkan melakukan peniruan
Pelajar conteng kaki untuk meniru dalam peperiksaan
China - Seorang pelajar wanita telah didedahkan melakukan peniruan di dalam peperiksaan yang didudukinya bagi memperolehi keputusan yang cemerlang.

Kaedah peniruan pelajar berkenaan telah didedahkan oleh rakannya sendiri yang memuat naik gambar pelajar berkenaan yang menunjukkan tulisan di kakinya.

Pelajar terbabit dikatakan bijak menggunakan aset kakinya yang panjang tersebut sebagai satu kaedah peniruan bagi setiap subjek yang rumit demi memperolehi keputusan yang cemerlang.

Walau bagaimana pun, pemilik sebenar kaki yang mengandungi tulisan tersebut masih belum dapat dikenal pasti oleh kerana gambar terbabit tidak didedahkan wajah sebenar pemilik kaki itu.

Namun begitu mengikut daripada rata-rata netizen mengatakan bahawa mereka percaya berdasarkan tulisan yang terdapat di kakinya itu pelajar berkenaan berkemungkinan besar telah menduduki peperiksaan subjek perakaunan.

Mengikut daripada sejarah lampau di China pelbagai cara peniruan yang telah digunakan oleh pelajar sejak dulu lagi bagi mendapatkan kelulusan yang cemerlang dalam mata pelajaran yang didudukinya.

Sejak beratus-ratus tahun yang lalu, para pelajar sering menggunakan teknik buku-buku kecil dengan tulisan klasik Confucian yang terdapat dalam watak minuscule bagi membantu mereka lulus dalam peperiksaan.

Paling terbaru seorang pelajar telah di tangkap ketika sedang menggunakan alat berteknologi canggih bagi tujuan melakukan penipuan ketika menjawab peperiksaan.