Mertua Kuat Mencarut Serta Mengongkong, Menantu Semuanya Dimaki-Hamun.

mertuanya yang sering mengongkong hidup suaminya sehinggakan suaminya sendiri pun
Mertua hantar mesej tak bagi balik rumah teman isteri
Ermmm....sejak akhir-akhir ini admin tengok ramai netizen yang mengadukan mengenai sikap mertua yang melayan menantu dengan sikap yang tidak sepatutnya.

Hai apalah nak jadi dengan mertua-mertua di luar sana, yang baik itu memang terlampau baik sangat tetapi ada juga yang cerewetnya tak terkata dan ada juga yang walaupun anak-anak dah kahwin pun dia tetap nak susun atur jadual anaknya itu macam anak tidak berkeluarga.

Janganlah macam itu, kesian dekat anak-anak yang dah berkeluarga itu tersepit antara ibu dengan isteri.

Seperti yang berlaku kepada salah seorang wanita ini, beliau telah mengadukan perihal mertuanya yang sering mengongkong hidup suaminya sehinggakan suaminya sendiri pun malu dengan sikap ibunya itu.

Begini kisahnya, saya telah berkahwin dengan suami setahun lapan bulan dan masih belum mempunyai cahaya mata tetapi itu bukanlah masalah utama saya, masalah saya adalah dengan mertua yang seperti tidak dapat menerima kehadiran menantu dalam keluarganya.

Mertua saya ini merupakan seorang janda jadi memang anak-anaklah tempat dia bersandar, saya pun tahu tanggung jawab anak lelaki ini memang berat dalam menjaga orang tua tetapi mertua saya ini dengan menantu semua tidak sekepala.

Dalam keluarga belah suami memang ada dua orang menantu saja iaitu saya dengan isteri abang ipar tetapi dua-dua pun mertua seperti tidak suka langsung dan pendek kata tak boleh masuk kepala langsung.

Mertua saya ini ada masalah suka mencarut, kalau dah mula mencarut suami pun sampai malu nak pandang saya sebab habis semua perkataan yang tidak sepatutnya keluar dari mulut mertua.

Satu saja alasan untuk mertua kongkong anak-anak adalah dengar mengatakan syurga anak-anak di bawah tapak kaki ibu dan kena taat padanya walaupun kena abaikan tanggung jawab sebagai suami.

Bukan saya sahaja yang di makinya tetapi abang ipar dengan isterinya pun teruk di makinya sampaikan mertua sanggup panggil biras saya itu pelacur, kesian jugalah tengok tapi nak melawan nanti kita pula yang kena.

Kami yang dah berkahwin ini memang duduk rumah masing-masing tetapi nama saja duduk rumah sendiri tetapi tetap kena kongkong dengan mertua.

Setiap petang mertua saya akan lalu lalang tengok kereta ada atau tidak dan kalau tak ada mulalah dia telefon sampaikan saya nak balik rumah mak ayah saya sendiri pun tak boleh.

Mertua siap tuduh suami lebihkan keluarga saya dan maki hamun cakap suami anak derhaka hanya sebab kami balik rumah mak ayah saya sedangkan kalau nak ikutkan rumah mertua saya dekat sahaja dengan rumah kami dan setiap minggu pun suami pergi jenguk mak dia.

Sedangkan rumah mak ayah saya jauh dan pergi jenguk pun sebulan sekali dia tak bagi, kalau balik juga mulalah dia akan hantar mesej makian serta siap cakap suami ini anak derhaka.

Kami ini sebagai pasangan suami isteri sekali sekala mesti nak spend masa bersama lepas sibuk dengan kerja seharian tetapi mertua ini macam buat tak faham sebab bila malam saja pasti ada sahaja alasan dia nak panggil anak-anak dia balik siap pesan jangan bawa isteri lagi.

Setiap kali dia bagi alasan suruh anak-anak datang malam-malam pasti kalau dah pergi rumahnya tak dapat nak balik rumah semula, mertua langsung tak fikir anak ada isteri dekat rumah nak kena balik dahlah saya seorang diri saja di rumah dan kalau jadi apa-apa macam mana.

Sedangkan dekat rumah mertua itu kalau tak ada suami dengan abang ipar pun tak apa sebab adik-beradik lain ada boleh tengok-tengokkan mertua.

Saya pun pelik dengan sikap mertua yang seperti tidak suka anak-anaknya mempunyai keluarga, sikap dia itu yang selalu memburukkan saya dekat suami membuatkan suami tersepit antara ibu dengan isteri.

Kadang-kadang itu sampaikan kami suami isteri bergaduh gara-gara mulut mertua yang macam itu tetapi suami faham keadaan saya yang tertekan dengan sikap mertua yang macam itu dan suami sebenarnya memang baik sangat cuma dia terpaksa ikutkan saja kehendak ibunya itu.

Sumai seboleh-bolehnya nak elakkan saya daripada bertembung dengan maknya itu sebab takut saya akan terasa hati dengan sikap ibunya itu dan takut juga mengguris hati ibunya juga tetapi hanya suami sahaja yang menjaga hati ibunya tetapi ibunya sebaliknya.

Saya selalu berdoa supaya saya diberikan kesabaran yang tinggi dalam menangani sikap mertua yang macam ini dan semoga hubungan kami suami isteri berkekalan serta semoga suatu hari nanti mertua saya ini akan berubah hati melayan menantu-menantunya seperti anak sendiri.

Saya mendoakan semoga kalian semua dapat ibu mertua yang baik yang menganggap menantu seperti anak sendiri.
Screen shot dari telefon suami dari mertua