Lelaki VIP Diburu Polis, Pukul Wanita Hamil.

 golongan VIP sedang giat di buru oleh pihak polis selepas beliau dikatakan telah bertindak membelasah seorang wanita yang sedang hamil
Yodwadee yang cedera di belasah
Thailand - Seorang lelaki yang merupakan golongan VIP sedang giat di buru oleh pihak polis selepas beliau dikatakan telah bertindak membelasah seorang wanita yang sedang hamil sehingga mendatangkan kecederaan kepada mangsa.

Wanita Thailand tersebut yang di kenali sebagai Yodwadee Junsuong berusia 23 tahun telah hadir ke balai polis dalam keadaan yang berlumuran darah bersama dengan telefon serta tabletnya yang retak dipercayai selepas dibelasah oleh teman lelakinya yang juga merupakan dari golongan VIP.

Yodwadee telah pergi ke balai polis dengan ditemani oleh abangnya Shane bagi membuat laporan susulan kejadian yang menimpanya itu.

Shane telah memuat naik gambar-gambar adiknya yang memaparkan kecederaan yang di alami oleh adiknya itu di media sosial sebagai bukti bahawa ianya adalah sesuatu yang benar-benar berlaku terhadap adiknya itu.

Ketika kejadian berlaku, Yodwadee sedang hamil dua bulan dan kejadian tersebut tidak sepatutnya dilakukan oleh lelaki terbabit terhadap Yodwadee.

Menurut laporan, lelaki yang membelasah Yodwadee itu merupakan teman lelakinya sendiri  serta bapa kepada bayi yang di kandung oleh Yodwadee.

Kekerasan terbabit di katakan berpunca daripada situasi di mana Yodwadee telah mendapat tahu bahawa teman lelakinya yang dikenali sebagai Chonlawit sedang berbalas mesej dengan seorang wanita lain melalui aplikasi Line.

Perbuatan Chonlawit itu telah menimbulkan pertengkaran antara mereka berdua sebelum Chonlawit telah bertindak melakukan kekerasan serta membelasah teman wanitanya itu tanpa belas kasihan walaupun dia sebenarnya mengetahui bahawa Yodwadee sedang hamil anaknya.

Selepas dibelasah, Yodwadee dengan ditemani abangnya Shane membuat laporan di balai polis Bangkok namun begitu Chonlawit yang mengetahui laporan telah di buat atas dirinya telah bertindak melarikan diri.

Yodwadee ketika membuat laporan polis
Yodwadee ketika membuat laporan polis

Chonlawit yang di dakwa memukul teman wanita