Kanak-kanak Berusia Setahun Bakal Berdepan Kecacatan Kekal Selepas Disuntik Vaksin.

Seorang kanak-kanak berusia setahun bakal berdepan kecacatan kekal selepas menerima suntikan vaksin di sebuah klinik
Wajah Raisya sebelum dan selepas di suntik vaksin
Subang - Seorang kanak-kanak berusia setahun bakal berdepan kecacatan kekal selepas menerima suntikan vaksin di sebuah klinik akibat daripada pengambilan suntikan ketika kanak-kanak terbabit tidak berapa sihat.

Seperti yang kita ketahui bahawa pengambilan vaksin bagi kanak-kanak berusia sepertinya itu harus di ambil ketika mereka berada dalam keadaan betul-betul bebas daripada sebarang penyakit iaitu sihat bagi mengelakkan jangkitan terhadap mereka.

Menurut penjaga kepada kanak-kanak terbabit yang di kenali sebagai Raisya, anak asuhannya itu telah mendapatkan suntikan di Klinik Desa Kampung Melayu Subang pada pagi itu ketika dia baru sahaja baik daripada selsema tetapi tidak sepenuhnya.

Walau bagaimanapun pada sebelah petang saya lihat ketika menangis mulut Raisya kelihatan menyenget sebelah tetapi saya tidak terus memberitahu ibunya kerana pada mulanya saya ingatkan dia sengaja berbuat begitu, kata pengasuh terbabit.

Keesokkan hari saya lihat mulutnya itu masih dalam keadaan menyenget jadi ketika ibunya pulang dari kerja untuk mengambilnya saya pun memaklumkan keadaan Raisya itu kepada ibunya.

Pada sebelah malam ibu Raisya telah membawa anaknya itu ke klinik untuk memeriksa keadaan anaknya itu tetapi doktor di klinik terbabit telah memberitahu bahawa berkemungkinan semasa suntikan vaksin terbabit jarum suntikan telah terkena pada urat saraf sehingga menyebabkan bengkak.

Mengikut daripada penerangan doktor terbabit, suntikan vaksin seharusnya di suntik di paha dan bukannya di bahu seperti anak saya, vaksin bukanlah punca kepada kejadian ini tetapi ini adalah kerana suntikan di berikan ketika kanak-kanak tidak betul-betul sihat.

Doktor terbabitt telah menyarankan ibu Raisya supaya merujuk perkara ini di pakar saraf di hospital bagi mengetahui keadaan sebenar anaknya itu.

Menurut pakar di hospital, urat saraf Raisya telah mengalami pembengkakkan dan urat saraf berkenaan tidak berfungsi.

Ketika pengambilan suntikan vaksin terbabit Raisya Raisya tidak betul-betul sihat menyebabkan masih ada sisa kuman dalam salur uratnya dan ketika menerima suntikkan terbabit menyebabkan kuman-kuman terbabit terkumpul dalam saluran uratnya..

Menurut pakar, kadang-kadang ada sesetengah kes di mana kejadian seumpama ini kekal tetapi tidak kurang juga yang akan pulih sepenuhnya seperti sedia kala.

Mulut Raisya menyenget seperti pesakit yang mengalami stroke, saya berharap semoga Raisya akan segera pulih dan sama-samalah kita berdoa untuk adik Raisya ini supaya cepat sembuh.-Mangsa Kecederaan Vaksin AEFI