Hati-Hati Semua! Ini Muka Suspek Pecah Rumah Yang Berjaya Melarikan Diri.


Suspek pecah rumah yang berjaya melarikan diri
Johor - Seorang lelaki menjadi buruan selepas dia berjaya melepaskan diri selepas di tangkap ketika cuba untuk memecah masuk sebuah rumah di sini pada hari ini.

Kejadian tersebut yang berlaku sekitar pukul 10.45 pagi mambabit dua orang penyamun yang cuba untuk memecah masuk sebuah rumah yang terletak di Fasa 11 Taman Putri Kulai Johor.

Kejadian tersebut telah di muat naik oleh anak mangsa sendiri di laman media sosial mengenai kejadian yang berlaku di rumahnya.

Mengikut kenyataan yang di muat naik terbabit memberitahu bahawa terdapat dua orang yang tidak dikenali telah memecah masuk rumah beliau tetapi seorang hanya menunggu di atas motor manakala hanya seorang sahaja yang memasuki rumah beliau.

Mereka bernasib baik kerana ketika kejadian berkebetulan ayah beliau baru balik ke rumah dan ternampak kelibat dua individu terbabit tetapi hanya seorang sahaja yang berjaya di tangkap manakala seorang lagi telah berjaya melarikan diri.

Walau bagaimanapun penyamun tersebut telah di bawa ke hospital oleh ayahnya bagi mendapatkan rawatan akibat kecederaan yang di alaminya dan lepas itu baru ingat nak bawa balai polis untuk buat laporan berhubung kejadian terbabit.

Namun begitu lelaki terbabit telah berjaya melarikan diri ketika dia sedang menerima rawatan di hospital terbabit dan tidak dapat di kesan sehingga kini.

Mangsa rumah yang di samun terbabit menasihatkan penduduk sekitar kawasan terbabit supaya lebih berhati-hati supaya kejadian yang sama tidak berulang lagi.- Wartawan Jalanan