Gadis 18 Tahun Tolak 10 Lamaran Semata-mata Mahu Berkahwin Dengan Warga Emas Berusia 62 Tahun.

Seorang lelaki yang juga merupakan warga emas telah mengahwini seorang remaja perempuan yang jarak usia antara mereka
Sulaeman bersama isterinya Diana yang jarak usia mencecah 44 tahun
Indonesia - Seorang lelaki yang juga merupakan warga emas telah mengahwini seorang remaja perempuan yang jarak usia antara mereka adalah begitu jauh iaitu 44 tahun.

Warga emas terbabit yang dikenali sebagai Sulaeman Daeng Ngampam berusia 62 tahun telah selamat berkahwin dengan seorang remaja perempuan bernama Diana Daeng Nganiyang berusia 18 tahun di Kabupaten Gowa yang terletak di Sulawesi Selatan pada kelmarin.

Perkahwinan yang membabitkan jarak usia yang jauh sudah tidak asing lagi bagi masyarakat kerana ianya seolah-olah sudah menjadi trend pula selepas satu-satu kisah pengantin yang berjarak usia jauh di muat naik di media sosial.

Ketua kampung terbabit yang di kenali sebagai Zainal Arifin Daeng Mangung memberitahu bahawa pasangan terbabit telah diraikan dalam satu majlis perkahwinan mengikut adat suku kaum Makassar 

"Setahu saya tiada sebarang paksaan antara mereka walaupun isteri Sulaeman masih muda kerana gadis terbabit berkahwin dengan kerelaannya sendiri,"katanya kepada media kerana ada yang mendakwa Sulaeman telah memberikan wang hantaran sebanyak 35 juta rupiah yang bersamaan dengan RM11,264.45 duit Malaysia.

Wang hantaran bukanlah punca atau motif kepada penerimaan Diana untuk mengahwini lelaki yang layak di gelar datuk olehnya itu kerana jarak perbezaan umur yang jauh.

Ketika ditanya oleh pihak media, Diana mengatakan bahawa dia amat menyenangi perwatakkan yang di bawa oleh Sulaeman menyebabkan dia lebih memilih Sulaeman sebagai suaminya walaupun dia telah beberapa kali telah di lamar oleh lelaki lain.

"Sepanjang lebaran ini pun saya telah menerima 10 lamaran daripada lelaki lain tetapi saya telah menolak mereka semua kerana hati saya tidak tertarik langsung pada mereka".

"Saya hanya mengharapkan doa daripada semua orang semoga rumah tangga kami akan berjalan dengan baik," kata Diana lagi sebagai penutup bicara.