Detik Memalukan Peninju Wanita, Terberak Ketika Bertinju.

Seorang penggusti wanita mengalamai detik-detik memalukan
Justine ketika berlawan dengan Felice
MMA merupakan satu perlawanan yang menyerupa gusti, sama seperti WWF cuma yang membezakannya adalah MMA merupakan perlawanan sebenar bukanlah seperti WWF yang seperti lakonan tetapi kedua-duanya merupakan satu rancangan gusti yang menarik.

Seorang penggusti wanita mengalamai detik-detik memalukan apabila dia secara tidak sengaja telah terbuang air besar ketika sedang bertarung di Ultimate Fighting Championship (UFC).

Penggusti wanita yang di kenali sebagai Justine Kish telah mengalami kejadian memalukan tersebut ketika sedang bertarung bersama pencabarnya Felice Herrig di UFC Fight Night 122.

Ketika kejadian dilihat bahawa Felice sedang membelasah Justine secara bertubi-tubi sehinggalah Justine telah di lihat terbuang air besar ketika sedang di gasak oleh Felice.

Ianya kelihatan amat jelas dengan najis yang berwarna coklat betul-betul berada di atas pentas pertarungan terbabit yang dilihat terkeluar dari bahagian belakang Justine yang ketika itu mengenakan seluar dalam berwarna hitam.

Justine merupakan seorang peninju MMA yang profesional, kejadian tersebut merupakan detik-detik yang amat memalukan baginya kerana bukan itu sahaja malah dia turut kalah ketika bertarung dengan lawannya itu pada malam kejadian.

Namun begitu Justine dikatakan bijak menangani situasi ini malah masih mampu untuk bergurau mengenai kejadian memalukan baginya itu.