Beraya Dengan Muka Yang Membengkak Gara-gara Produk Kosmetik Ini.

Bukan semua produk kosmetik di luar sana yang sesuai dengan kulit kita jadi kalau nak pakai sesuatu produk itu lebih baik tengok dulu
Muka membengkak kerana produk kosmetik tidak sesuai
Bukan semua produk kosmetik di luar sana yang sesuai dengan kulit kita jadi kalau nak pakai sesuatu produk itu lebih baik tengok dulu penerimaan kulit kita supaya tidak jadi kes seprti seorang wanita ini yang terpaksa beraya dengan mata yang bengkak gara-gara menggunakan produk kosmetik yang tidak bersesuaian.

Menurut wanita berkenaan dia bukanlah jenis yang kaki make up seperti wanita di luar sana dan kejadian yang menimpanya itu bukanlah sesuatu yang dijangkakan olehnya sendiri kerana muka dia sememnagnya sebelum ini pun bebas dari bedak atau produk apa sahaja.

Kejadian tersebut bermula apabila dia diminta oleh rakannya untuk mencuba produk dia dan saya pun tak salahkan dia pun sebab saya sendiri pun tak tahu bahawa kulit saya sesentif begini.

Mengikut informasi doktor yang saya temui memberitahu bahawa saya telah mengalami keracunan produk kosmetik kerana hanya dengan sekali pakai sahaja saya telah mengalami kesan sampingan sebegini.


Sebelum ini saya memang hanya akan menggunakan produk yang berasakan bahan natural organik saja walaupun agak mahal sikit asalkan kulit saya sesuai dahlah, jadi bila rakan saya suruh mencuba untuk jaga hati dia saya pun cubalah tapi tak sangka jadi begini.

Orang lain raya pertama sibuk pergi beraya yang saya ini pagi raya dah pergi klinik dan terpaksa terima suntikan di punggung serta kena makan pelbagai jenis ubat, apalah nasib saya raya-raya kena macam ini.

Lepas balik dari klinik saya makan saja kuih raya walaupun sebenarnya tidak boleh sebab mengandungi telur dan pada raya pertama pula saya makan kuah kacang yang mengandungi udang kering.

Pada raya kedua saya terkejut bila bangun pagi itu saja tengok bukan setakat mata saja semakin bengkak malah mulut pun dah turut bengkak serta naik ruam di sekeliling mulut akibat daripada makanna yang saya makan semalam.

Apa lagi bila tengok keadaan makin teruk saya terus pergi klinik balik dan doktor berpesan supaya tidak memakan makanan yang boleh menyebabkan iritasi atau efek elergi sebab takut jadi lebih teruk.

Selepas itu saya menerima satu lagi suntikan, pada raya kedua baru mata saya nampak ok sikit.

Orang sibuk beraya sana sini yang saya ini dah kena makan ubat berbagai jenis ini tahu sajalah mata ini asyik nak tidur saja, tak dapat nak beraya betul-betul macam orang lain.

Pengalaman saya ini amat berharga sekali buat saya, ini juga menjadi peringatan kepada semua supaya lebih berhati-hati menggunakan produk kosmeti yang berlambak dekat luar sana.

Saya cuma nak pesan dekat kaum wanita di luar sana kalau nak beli alat mekap atau apa sahaja produk, biarlah mahal macam mana pun asalkan produk itu berkualiti dan jangan beli hanya kerana harganya murah.

Kalau murah sekalipun kalau tidak berkualiti nanti duit kita juga berhabis nak berubat jumpa doktor lagi untuk rawatan jadi fikir-fikirkanlah yang mana yang terbaik untuk diri anda sendiri.

Namun begitu saya percaya setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.