10 Gambar Wanita Terima Nasib Malang, Selepas Kemalangan Rumah Pula Dirompak.

Seorang wanita yang terlibat dengan kemalangan tidak menyangka bahawa dia akan mengalami dua dugaan pada hari yang sama.
Gambar Mel ketika kemalangan serta keadaan rumah yang dirompak
Pahang - Seorang wanita yang terlibat dengan kemalangan tidak menyangka bahawa dia akan mengalami dua dugaan pada hari yang sama.

Wanita terbabit yang di kenali sebagai Mel Armiela mengibaratkan nasibnya umpama sudah jatuh ditimpa tangga apabila mengalami dua kejadian yang buruk dalam satu hari.

Mel telah mengongsikan kejadian yang menimpanya itu di Facebook miliknya, dalam postingnya memberitahu bahawa dia telah mengalami kemalangan jalan raya di Jalan Ganchong, Pulau Manis, Tebat, pekan ,Pahang.

Ketika kejadian dia dalam perjalanan ke sekolah sebelum keretanya hilang kawalan jatuh terbalik ke bawah tebing tinggi.

Kawasan terbabit memang menjadi penyumbang kepada kemalangan kerana jalan terbabit sedang di baik pulih tetapi sayang sebab papan tanda amaran cuma ada satu saja itupun dah terbalik.

Dahlah papan tanda itu pun terlalu dekat dengan kawasan berbatu, kalau bawa kereta dengan kelajuan 40-50 km/j kalau brek mengejut pun mesti menyusur sebab tayar tak boleh nak grip.

Mana tak nya daripada jalan berturap tiba-tiba jadi jalan berbatu-batu mana tak brek mengejut dan lebih teruk lagi kalau lepas hujan denagn kabus tebal mana nak nampak jalan dah dengan kiri kanan tebing tinggi memang tak ada ruang terus jatuh dari tebing.

"Hari ini pun saya dengar ada orang yang kemalangan tidak jauh dari tempat saya kemalangan semalam," kata Mel.

"Sepatutnya tanda amaran itu letaklah 100 meter sebelum kawasan terbabit supaya dapat memberikan amaran kepada pemandu-pemandu yang melalui jalan terbabit, saya harap pihak berwajip dapat mengambil tindakan serta lebih prihatin dengan keselamatan pemandu yang melalui jalan tersebut," katanya lagi.

Saya amat bersyukur kerana terselamat dalam kemalangan terbabit namun begitu saya tidak menyangka bahawa selepas saya balik ke rumah selepas mendapatkan rawatan di hospital saya akan menerima satu lagi dugaan.

Ketika pulang ke rumah dari hospital saya amat terkejut melihat keadaan rumah saya yang telah di pecah masuk, segala barangan berharga dalam rumah telah di larikan serta rumah habis di sepah-sepahkan oleh penyamun.

Nasib saya ini umpama sudah jatuh di timpa tangga pula, doakan saya dan suami tabah mengharungi dugaan demi dugaan kerana sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk makhluknya ciptaannya.

Saya mohon kawan-kawan tolong doakan kami semoga semuanya dipermudahkan dan semoga pencuri terbabit dapat ditangkap serta barang-barang kami akan dapat semula terutamanya beg mekap saya sebab itulah sumber mata pencarian rezeki saya.

Akhir sekali Mel ucapkan terima kasih atas keprihatinan semua dan maaf sebab Mel lambat membalas mesej kalian sebab Mel masih trauma dengan apa yang berlaku dan memerlukan rehat. -Mel Armiela