Wanita Hampir Lumpuh Serta Rosak Buah Pinggang Akibat Daripada Melakukan Kerok.

Seorang wanita hampir lumpur selepas pinggangnya didapati terdapat satu benjolan sebesar bola bowling
Kerokan yang hampir membuatkan wanita hampir lumpuh
Taiwan - Seorang wanita hampir lumpur selepas pinggangnya didapati terdapat satu benjolan sebesar bola bowling di sebabkan melakukan urutan yang salah.

Wanita tersebut yang berusia 22 tahun dan berasal dari Tiongkok, Taiwan merupakan dari suku Xia mengatakan bahawa dia tidak menyangka perkara tersebut berlaku kepadanya.

Menerusi petikan yang dipetik dari perfeto.guru, pada hari tersebut Xia dikatakan hanya merasa sakit kepala dan merasakan badannya mengalami keletihan.

Pada mulanya dia menyangkakan bahawa dia merasa begitu adalah berpunca daripada angin dalam badan dan dia telah menggunakan sebuah gelang yang diperbuat dari batu seramik untuk mengerok punggungnya.

Tetapi perbuatannya itu telah menyebabkan dia merasakan lebih sakit malah pinggangnya itu terasa sakit seperti di cucuk-cucuk oleh jarum.

Menyedari bahawa bahagian pinggang kirinya itu telah mula membengkak, dia telah mengambil ais batu dan meletakkan di tempat tersebut bagi mengurangkan bengkak tersebut.

Akan tetapi bengkak tersebut kelihatan semakin membesar dan perkara tersebut semakin membimbangkan menyebabkan dia di bawa ke hospital untuk membuat rawatan.


Hasil daripada pemeriksaan doktor mendapati terdapat bengkak di pinggang Xia yang berukuran 23cm panjang serta 17cm lebar dan dari pemantauan doktor jelas kelihatan darah beku yang menyebabkan bengkak tersebut semakin besar.

Doktor percaya bahawa punca terjadinya perkara tersebut adalah kerana Xia telah melakukan kerok tersebut dengan tekanan yang terlampau kuat sehingga menyebabkan saluran darahnya di bawah lapisan kulit pecah.

Doktor telah menganggarkan terdapat sekurang-kurangnya 500ml darah beku yang terkumpul di pinggang Xia dan doktor terpaksa melakukan pembedahan dengan segera bagi mengelakkan Xia berdepan dengan masalah lumpuh.

Doktor turut memberitahunya bahawa jika dia tidak melakukan pembedahan tersebut, ia akan turut merosakkan sistem ototnya serta fungsi buah pinggang akibat daripada kerokan tersebut.

Disclaimer: Gambar, artikel ataupun video yang ada di web ini terkadang berasal dari berbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika ada masalah terkait hal ini, Anda dapat menghubungi kami disini.
Related Posts
Disqus Comments