Wanita Belanja Lebih RM109,000 Jalani Pembedahan Untuk Kelihatan Seperti Barbie.

 Seorang wanita sanggup menghabiskan sejumlah wang untuk kelihatan seperti mainan anak patung yang digemarinya itu,
Rachel Evans berpakaian seperti Barbie
London – Seorang wanita sanggup menghabiskan sejumlah wang untuk kelihatan seperti mainan anak patung yang digemarinya itu, ini bukanlah kali pertama kecoh di media sosial wanita yang ingin menjadi seakan anak patung Barbie.

Terbaru, Seorang ibu tunggal yang berasal dari London Rachel Evans 46 tahun sanggup menghabiskan duitnya lebih daripada Rm109,000 hanya semata-mata untuk mengubah dirinya menjadi patung Barbie hidup.

Rachel sanggap taksub dengan permainan kanak-kanak tersebut dan sanggup mengubah imejnya menerusi beberapa pembedahan plastikdalam usaha untuk merealisasikan impiannya itu untuk kelihatan seperti permainan tersebut.

Rachel dikatakan telah menjalani pelbagai pembedahan termasuklah pipi, rahang dan hidung serta turut menjalani pembedahan membesarkan payu dara bagi menampakkan bentuk badan yang mantap seperti Barbie sejak 11 tahun lalu akibat terlalu fanatik terhadap anak patung tersebut.

Malah Rachel turut dikatakan telah menjalani pembedahan bibir untuk memastikan bibirnya itu sentiasa mengukir senyuman sama seperti Barbie.

“Saya rasa seperti Barbie, berfikir seperti Barbie dan saya yakin saya memang Barbie. Saya percaya bahawa Barbie dan saya adalah orang yang sama dan saya sebenarnya hidup,” katanya.